Sunday, September 23, 2012

Asam pedas ikan sardin



BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin sardin cap ayam
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • 1/2 sdb halia kisar
  • sehiris lengkuas (ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • cili giling ikut pedas
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sdt serbuk belacan bakar
  • 12 biji tomato ceri (kisar)
  • sedikit air untuk kuah
  • segenggam daun kesum
  • limau kasturi secukup rasa
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
CARA :

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, serai, lengkuas, serbuk kunyit dan belacan hingga terbit bau.

masukkan cili giling secukupnya.

masak hingga garing dan terbit minyak.

masukkan tomato kisar

masak lagi hingga wangi

kemudian tuangkan ikan sardin dan secukupnya air. Masukkan juga daun kesum

masak lagi hingga 

mendidih

rasa dahulu sebelum memasukkan garam dan gula

perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

Spagheti goreng kelam kabut


BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 paket spagheti
  • sedikit ayam yang telah dipotong kecil
  • 1/2 biji bawang besar (dadu)
  • 1 biji tomato (cincang)
  • sedikit cili boh
  • 2 sdb sos cili
  • 2 sdb sos tomato
  • garam jika perlu
  • 1 paket sawi putih
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA :
Rebus spaghetti bersama ayam hingga spaghetti lembut. Masukkan sedikit garam

dan ayam masak sepenuhnya

di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu

masukkan cili boh dan masak hingga garing

masukkan tomato dan sos-sos. Tambahkan sedikit air jika inginkan spaghetti yang basah

kacau rata

tuang spaghetti

gaul lagi

dan masukkan sayur.

perasakan dengan garam @ kicap cair jika perlu

sedia di ngapp


Saturday, September 22, 2012

Biasa-biasa je

Ni menu 3 hari sudah...rasa malas betul nak masak tu yang cincai aje. Ada singgang daging, kerabu mangga sempoi (ai taruk belacan bakar, cili api ngan gula melaka je, letak garam jika perlu...malas nak potong bawang grrrr), ada belen asam pedas ikan sardin, telur dadar n jantung pisang dan pucuk ubi celur...wallaa hingga menjilat ibu jari kaki kuangx3


Friday, September 21, 2012

Ayam Piyaza (Pakistan)



BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg ayam (potong kecil)
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 8 biji pelaga hijau
  • 2 helai daun bay
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 4 biji cili merah (hiris kasar)
  • 3 biji tomato (cincang)
  • 1 cawan air
  • segenggam daun ketumbar
CARA :


Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis hingga garing. Masukkan bawang cincang  dan goreng hingga wangi.

Setelah bawang layu, masukkan  bahan kisar dan gaul rata.

Masak lagi hingga garing. Tambahkan garam pada langkah ini.

Kemudian masukkan ayam, rempah-rempah, daun bay dan juga cili

gaul rata dan masak hingga ayam kecut

masukkan tomato cincang

kacau rata, masukkan 1 cawan air

dan renihkan di atas api sederhana

sehingga

terbit minyak. Masukkan daun ketumbar

tambahkan garam jika perlu

Matikan api dan

enak dihidangkan bersama capati @ roti nan.

Montok.....6 bulan sudah.....

Baby badan ketak-ketak genap 6 bulan 14 sept hari tu. Sekarang dah kurus sikit sbb diarrhea hari tu seminggu..ibu kasi ORS n PROBIOTIC beli kat farmasi. Dah start makan bubur dah...pandai golek2  n berat sekarang 7.4 kg sahajaaaa

Thursday, September 20, 2012

Nasi Pilaf ala Nasya



BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan beras basmati (dicuci bersih dan rendam 1/2 jam)
  • 2 ketul paha ayam
  • 1 batang karot (disagat kasar)
  • 2 sdb pati tomato
  • 2 sdb pati ayam
  • 3 sdb ghee
  • 1 labu bawang besar (dicincang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun bay
  • 1 1/2 sdt garam
  • 4 1/2 cawan air
  • sedikit pewarna kuning untuk ayam
CARA :
Di dalam periuk, panaskan minyak sapi.

tumiskan serai dan rempah tumis hingga wangi

masukkan bawang cincang dan tambahkan garam pada langkah ini

gaul rata dan masak hingga bawang layu

kemudian campakkan ayam yang telah diseksikan ini...

balik-balikkan dan masukkan pati tomato

tuangkan 4 1/2 cawan air dan masukkan juga daun bay

jangan lupa pati ayam, tutup periuk dan renihkan hingga

mendidih dan ayam 1/2 masak

keluarkan ayam dan toskan. Sementara itu, pastikan sukatan sup adalah 3 1/2 cawan (agak2 laa)

tambahkan karot

kacau rata dan 

masukkan beras yang telah di tos

masak hingga mendidih dan 

kering

airnya. Tutup periuk dan masak lagi dengan api perlahan

kaiskan nasi dengan garfu,jika masih belum masak tunggu 5 minit lagi hingga

nasi tanak. Sementara itu,

mandikan ayam dengan sedikit pewarna kuning

gaul rata dan panggang hingga masak

nasi sedia dihidangkan bersama

acar tomato

wajah2 yang kegembiraan kerana dapat makan masakan ibu..

wow licin...xmembazir.Alhamdulillah