Anak-anakku

Loading...

Sunday, June 11, 2017

Jus durian belanda

BAHAN- BAHAN :
2 Tbsp isi durian belanda
300ml air mineral beralkali

CARA-CARA :
Kisar isi durian belanda bersama air.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia dinikmati.

Asam pedas bawal emas

 
 BAHAN-BAHAN :
Seekor ikan bawal emas
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
2 helai daun limau purut (carik)
pati asam jawa secukup rasa
garam laut/garam bukit
1/3 blender air
1 Tbsp minyak kelapa

DIKISAR :
segenggam cili kering (rebus)
1 labu bawang besar sederhana
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji tomato masak

CARA-CARA :
Panaskan minyak kelapa di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan bunga kantan, air dan juga air asam jawa.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan juga daun limau.
Renihkan sehingga ikan masak.
Sebelum diangkat dari api barulah perasakan dengan garam.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan ulaman.