Anak-anakku

Loading...

Friday, October 14, 2011

Tumis sawi jepun dan noi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor noi (sotong katak) saiz sederhana (dipotong panjang)
  • 1 ikat sawi jepun
  • 10 biji tomato ceri (dibelah 2)
  • sedikit sos tiram
  • garam dan perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
DITUMBUK :

  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan noi (gunakan api besar untuk mengeringkan air noi), kacau selalu agar tidak hangit.
  • Setelah noi masak, tambahkan sayur dan bahan perasa. Kacau rata. Sebelum diangkat masukkan tomato ceri dan segera tutupkan api agar tomato kekal rangup. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Gulai ketam

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ketam saiz sederhana (bersihkan, potong 2 dan diketuk sedikit)
  • 2 sdb serbuk kari ikan 
  • 1 sdb serbuk cili
  • santan dari 2 biji kelapa
  • sedikit lada hitam yang baru dikisar
  • minyak untuk menumis secukupnya
  • 1 asam keping
  • garam dan serbuk perasa jika suka
  • 2 biji cili merah (dipotong 2)
  • bendi jika suka (lebih sedap jika menggunakan nenas tapi Nasya xberani lagi nak makan)
DIKISAR :

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan yang dikisar hingga garing bersama serbuk kari dan juga serbuk cili. Masukkan sedikit air dan masak hingga pecah minyak.
  • Tambahkan santan dan tunggu hingga santan mendidih. Setelah itu bolehlah masukkan ketam, asam keping dan juga bahan perasa.
  • Setelah kuah agak pekat dan ketam masak bolehlah masukkan bendi dan cili. Terus tutup api supaya bendi tidak lembik. Enak diratah begitu saja atau dicicah dengan roti.