BAHAN-BAHAN :
3 keping chicken thigh Az-Zain
3 gelas air
1 ikat bayam hijau
1 labu bawang putih (cincang)
2 Tbsp minyak kelapa
garam bukit dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan ayam dan air ke dalam SLOW COOKER.
Pilih HIGH dan masak selama 2jam.
Selepas 2 jam masukkan bayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
Masak HIGH selama 30 minit.
Sementara itu, tumis bawang putih bersama minyak kelapa sehingga garing dan ketepikan.
Setelah bayam lembut, tuangkan bawang putih bersama minyaknya sekali ke dalam SLOW COOKER.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.
***PESAKIT KANSER SANGAT DIGALAKKAN UNTUK MENGAMBIL LEBIH BAWANG PUTIH DALAM MENU SEHARIAN. INI KERANA BAWANG PUTIH BERSIFAT ANTI KANSER DAN BERTINDAK SEBAGAI ANTIBIOTIK. LEBIH BAGUS JIKA DIAMBIL SEBAGAI ULAM. AKAN TETAPI SAYUR-SAYURAN LAIN DAN BUAH-BUAHAN PELBAGAI WARNA JUGA JANGANLAH DIABAIKAN KERANA MASING-MASING MEMILIKI KHASIAT SENDIRI***