Anak-anakku

Loading...

Thursday, April 20, 2017

Daging goreng sos bbq

  
 BAHAN-BAHAN  :
400g daging (potong nipis, rebus lembut)
3 tangkai kacang panjang (potong panjang 4 cm)
1 tangkai cili merah (hiris)
sedikit minyak untuk menumis

SOS BBQ :
1 labu bawang besar kuning (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 C kicap manis cap kipas udang
2 Tbsp sos tomato Kimball
3 Tbsp sos cili Kimball
1 Tbsp sos lada hitam

CARA-CARA :
Di dalam periuk sediakan sos bbq dengan cara menumis bawang di dalam sedikit minyak sehingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih.
Jika suka sos bbq yang pedas bolehlah memasukkan sedikit serbuk cili.
Matikan api dan ketepikan.
Di dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak.
Masukkan daging yang telah direbus lembut.
Masukkan sedikit sahaja sos bbq @ mengikut citarasa.
Tambahkan kacang panjang dan juga cili hiris.
Masak sehingga kacang panjang layu.
Rasa garam gulanya dan masukkan garam hanya jika perlu.
Sedia diangkat dan dihidang.

***lebihan sos bbq boleh disimpan di dalam peti sejuk beku untuk digunakan sebagai bahan perapan dan sebagainya***

Ketam masak manis bersusu

  
 BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam nipah (bersihkan)
1 Tbsp cili kisar
1 Tbsp pes serbaguna (boleh gunakan pes Namprik Phao)
1 Tbsp gula kabung putih (boleh guna gula biasa tetapi sesuaikan rasa)
garam jika perlu
1 C susu segar
2 helai daun limau purut (dicarik)
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji tomato masak 
sedikit air untuk mengisar

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar bersama cili sehingga wangi dan terbit minyak.
Tambahkan pes serbaguna (banyak dijual di pasaraya).
Gaul rata.
Masukkan ketam, gula kabung dan masak lagi sehingga kulit ketam berubah warna.
Tuangkan susu segar dan masak sehingga mendidih.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Saya tidak meletakkan garam di dalam lauk ini kerana sos serbaguna sudah mengandungi garam.
Sebelum diangkat masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia diangkat dan dihidangkan.
Enak dimakan ratah-ratah @ dinikmati dengan pasta.