Anak-anakku

Loading...

Wednesday, July 27, 2016

Ayam panggang bbq

 BAHAN-BAHAN ;
1/2 ekor ayam (potong 2)
2 tbsp mentega
5 biji kentang (buang kulit, belah 2 dan rebus 1/2 empuk)
250g kobis brussel (belah 2)
tomato bertangkai secukupnya

BAHAN PERAP:
1 tbsp bawang putih cincang
1 tbsp serbuk lada hitam
1/2 tsp oregano kering
1 tsp garam @secukupnya
2 tbsp madu
1 tbsp sos bbq

 CARA-CARA :
Perap ayam bersama bahan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Lumur ayam dengan mentega. Ketepikan.
Sementara itu, susun kentang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan foil.
Letakkan ayam di atas kentang, tutup dengan foil dan bakar 3/4 masak.
Kemudian masukkan kobis brussel dan tomato yang telah ditabur garam dan lada hitam.
Buka foil.
Panggang lagi sehingga tomato layu dan ayam masak sepenuhnya.
Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.



Sup udang


 BAHAN-BAHAN :
300g udang
 1/2 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
2 c air
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
setitis kicap pekat
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
daun sup untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Tumis bawang bersama sedikit minyak hingga wangi.
masukkan air, kicap, sos tiram dan bahan perasa.
Masak hingga mendidih.
Kemudian campurkan udang, tomato dan cili hiris.
Masak hingga tomato lembut.
Sebelum menghidang taburkan daun sup.
Sesuai untuk anak-anak.