Anak-anakku

Loading...

Wednesday, July 27, 2016

Ayam panggang bbq

 BAHAN-BAHAN ;
1/2 ekor ayam (potong 2)
2 tbsp mentega
5 biji kentang (buang kulit, belah 2 dan rebus 1/2 empuk)
250g kobis brussel (belah 2)
tomato bertangkai secukupnya

BAHAN PERAP:
1 tbsp bawang putih cincang
1 tbsp serbuk lada hitam
1/2 tsp oregano kering
1 tsp garam @secukupnya
2 tbsp madu
1 tbsp sos bbq

 CARA-CARA :
Perap ayam bersama bahan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Lumur ayam dengan mentega. Ketepikan.
Sementara itu, susun kentang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan foil.
Letakkan ayam di atas kentang, tutup dengan foil dan bakar 3/4 masak.
Kemudian masukkan kobis brussel dan tomato yang telah ditabur garam dan lada hitam.
Buka foil.
Panggang lagi sehingga tomato layu dan ayam masak sepenuhnya.
Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.



No comments:

Post a Comment