Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 25, 2011

Bihun sup utara

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • bihun secukupnya (direbus bersama sedikit serbuk kunyit & ditoskan)
  • 300 gm daging lembu (dihiris nipis)
  • 2 paket sup bunjut
  • 4 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 cm halia + 1 sdk lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit rempah tumis
  • garam & sedikit serbuk pati ikan bilis
  • sedikit minyak untuk menumis
  • air secukupnya untuk sup
  • daun sup & daun bawang
  • 2 ketul tauhu (digoreng & didadu)
  • lobak asin (didadu)
  • limau kasturi secukupnya
  • sedikit serbuk cili (dibancuh bersama sedikit air, ditumis dan masukkan sedikit garam & gula) 

  • CARA MEMBUAT SUP :
  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis bersama bawang yang dihiris sehingga wangi dan garing. Tambahkan halia dan lada hitam, kemudian masukkan daging, rempah bunjut dan air secukupnya. Renih sehingga daging empuk.
  • Apabila daging telah empuk baru masukkan bahan perasa. Sedia untuk dihidangkan bersama bihun dan bahan pelengkap. 

Cik mek labu

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1/2 biji labu kuning saiz sederhana (direbus bersama sedikit garam dan dilecek)
  • lebih kurang 2 cawan tepung gandum
  • gula secukupnya untuk inti
  • minyak untuk menggoreng terendam
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Campurkan labu lecek bersama gandum dan bulatkan sebesar guli. Basahkan tangan, isikan gula pasir ke dalam labu tadi dan bentukkan lonjong.
  • Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terus cik mek yang telah siap dibentuk untuk mengelakkan gula dari mencair.
  • Sesuai dihidangkan untuk minum petang. 

Masak lemak siput sedut

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 mangkuk siput yang telah dibersihkan
  • santan pekat secukupnya
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 9 biji cili api (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (disimpul)
  • 1 asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Semua bahan  dimasukkan ke dalam periuk dan dijerang di atas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa dan sekeping asam gelugur. Kacau rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bawal masam manis

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ikan bawal (dipotong, sapu garam kunyit, goreng garing)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji kapsikum merah & kuning (dihiris memanjang)
  • 2 sdb sos cili
  • 2 sdb sos tomato
  • 1 sdb sos tiram
  • sedikit air jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu, masukkan kapsikum tambahkan sos-sos dan air jika perlu. Kacau rata, masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Jika kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam dan gula.

Tauge masak kicap

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 2 genggam tauge
  • 1/2 batang karot (dipotong julienne)
  • sedikit kobis ungu (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • kicap manis dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga garing. Masukkan karot dan kobis goreng sebentar. Kemudian tambahkan kicap dan garam. Sebelum diangkat masukkan tauge.
  • Hidangkan segera.

Kembung berlada

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 3 ekor ikan kembung (digoreng bersama sedikit garam dan kunyit)
  • 4 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 biji cili merah + 1 biji cili hijau (dikisar)
  • 1/2 sdk serbuk belacan
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga wangi dan hilang bau cili. Masukkan serbuk belacan dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata, tambahkan ikan yang telah digoreng, kacau lagi sehingga ikan bersalut dengan sambal. Angkat dan hidangkan.

Bihun goreng sotong

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 keping bihun (direndam hingga lembut)
  • 1/2 batang karot (dipotong julienne)
  • sedikit kobis ungu (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sdk cili kisar
  • 2 ekor sotong sederhana (dihiris bulat)
  • sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar hingga garing dan wangi. Masukkan sotong dan karot, masak hingga sotong empuk. Masukkan bihun dan sos-sos. Masak lagi hingga bihun lembut. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  • Jika bihun masih keras bolehlah masukkan sedikit air.   
  • Jangan lupa untuk memasukkan kobis, setelah kobis layu bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan sedikit daun sup untuk hiasan.   

Singgang daging kelantan

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 600 gm daging (potong kecil)
  • 1biji bawang besar merah saiz kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 sdb ketumbar biji (ditumbuk)
  • sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • asam keping
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • air secukupnya
  • 4 biji cili kering (dipotong 4)
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Daging direbus bersama semua bahan-bahan di atas sehingga empuk. Masukkan perasa secukupnya. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan.