Monday, March 7, 2011

kurma ayam


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)  
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisar)
  • sebatang serai (diketuk)
  • 2 biji cili hijau (dibelah 2)
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong baji)
  • 2 biji kentang (dibelah 8)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sdb rempah kurma (digaul bersama sedikit air)
  • 1 batang kulit kayu manis,2 kuntum bunga lawang,2 kuntum cengkih, 3 pelaga 
  • santan dari sebiji kelapa
  • 2 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-
    1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing.Masukkan rempah kurma dan kacau hingga rempah masak.
    2. Kemudian masukkan ayam dan kentang biarkan seketika. Tunggu hingga ayam berubah warna.
    3. Masukkan pula santan dan asam gelugur,kacau sebati.
    4. Apabila ayam dan kentang telah empuk masukkan tomato, cili hijau, garam dan juga gula secukup rasa.
    5. Sedia untuk dihidang.

Biasa je...

                                                          oblong burger

sira pisang


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 4 biji pisang awak a.k.a kebatu (dibelah 2)
  • 1/2 cawan gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • sedikit air (paras pisang)
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Susun pisang ke dalam periuk.Masukkan semua bahan lain dan masak di atas api yang sederhana sehingga pisang empuk dan kuah likat. 

kangkung belacan


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 ikat kangkung (dicuci dan dipotong-potong)  
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • sebesar ibu jari belacan (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 4 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • garam sekiranya perlu
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :)-
    1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.Masukkan sotong masak hingga air sotong kering.
    2. Tambahkan sos, masukkan kangkung dan kacau rata.Masak sekejap.Bolehlah dihidangkan.