Anak-anakku

Loading...

Monday, March 7, 2011

kurma ayam


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)  
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisar)
  • sebatang serai (diketuk)
  • 2 biji cili hijau (dibelah 2)
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong baji)
  • 2 biji kentang (dibelah 8)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sdb rempah kurma (digaul bersama sedikit air)
  • 1 batang kulit kayu manis,2 kuntum bunga lawang,2 kuntum cengkih, 3 pelaga 
  • santan dari sebiji kelapa
  • 2 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-
    1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing.Masukkan rempah kurma dan kacau hingga rempah masak.
    2. Kemudian masukkan ayam dan kentang biarkan seketika. Tunggu hingga ayam berubah warna.
    3. Masukkan pula santan dan asam gelugur,kacau sebati.
    4. Apabila ayam dan kentang telah empuk masukkan tomato, cili hijau, garam dan juga gula secukup rasa.
    5. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment