Anak-anakku

Loading...

Sunday, August 18, 2013

Mi goreng putih cara Kak Nah



 BAHAN-BAHAN :
1 paket mi kuning (basuh dan toskan)
1 mangkuk kecil isi ayam
2 pokok sawi putih
2 biji tomato hijau (hiris nipis)
1 tangkai cili merah (hiris nipis)
sedikit cili kisar, sos tomato, sos tiram
garam dan sedikit gula
minyak untuk menumis
limau kasturi untuk perah
DITUMBUK :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit udang kering

 CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.
Masukkan isi ayam dan masak hingga kecut.
Tambahkan sawi, mi, sos-sos dan juga garam serta gula.
Gaul rata dan masak hingga mi lembut.
Jangan lupa untuk memasukkan tomato.
Sedia dihidangkan panas-panas.
Mi ni sesuai untuk kanak-kanak sebab xpedas dan sedikit manis.
Ermmm yummmy....

Bunga kucai goreng belacan






 BAHAN-BAHAN :
8 ekor sotong sederhana (dibersihkan, buang tulang tengah dan dakwat)
1 ikat bunga kucai (potong panjang)
7 batang buncis (hiris serong)
1 tbsp sos tiram nona
garam jika perlu
 minyak untuk menumis
DITUMBUK :
2 tangkai cili merah
sebesar ibu jari belacan
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar


CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
Masukkan sotong dan masak hingga kering airnya.
Tambahkan sayur dan sos tiram.
Sebatikan rasanya dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ikan kembung goreng.

Bihun sup bebola daging dan udang






 BAHAN-BAHAN :
1/2 bungkus bihun (direbus lembut dan toskan)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 biji bawang holland (tumbuk)
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tbsp pati ayam
15 biji bebola daging
20 ekor udang kertas
1 paket sawi
1 tbsp kicap cair
1 tbsp sos ikan
1 tbsp kicap manis kipas udang
garam secukup rasa
3 gelas besar air @ secukupnya
minyak untuk menumis
daun sup, daun bawang dan daun ketumbar

CARA :

 Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan juga rempah tumis hingga garing dan naik bau

 masukkan bebola daging dan juga batang sawi. Gaul rata.

 Tambahkan air dan biar mendidih

 masukkan pula udang juga bahan perasa

 akhir sekali tambahkan daun sawi dan masak hingga sayur layu.

 Tambah apa yang kurang
 sedia dihidangkan bersama cili potong......jangan lupa perah limau slurppppp

Phat phet ooh phat phet

 Korang nak resepi phat phet....
korang cari le kat bahagian lauk ayam tu, makcik ada letak situ...

Kari kepala ikan salmon

 Kari kepala ikan salmon....makcik memang suka makan kepala ikan nie sebab tu selalu nyanyuk hu...hu....xkisahlah...janji sedapp