Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 2, 2017

Kerabu sarai @ kerabu rumpai laut

 
 BAHAN-BAHAN :
2 genggam sarai (rendam, cuci bersih)
jus limau kasturi secukup rasa
hirisan bunga kantan (jika ada)
tumis budu secukupnya
sambal ikan secukupnya
hirisan cili api (jika suka pedas)
garam/gula jika perlu

CARA-CARA :
Sediakan sedikit air suam-suam kuku.
Celupkan sarai yang telah dicuci bersih dan terus tos.
Masukkan sarai ke dalam pinggan hidang.
Taburkan sambal ikan dan juga bunga kantan.
Curahkan sedikit tumis budu dan perah limau kasturi secukupnya.
Gaul kerabu sarai, jika kurang manis@ masin barulah ditambahkan perasa.
Kerabu sarai mestilah mempunyai rasa masam-masam manis.

**Sarai @ rumpai laut senang didapati di pasar-pasar di Kelantan**

Sambal ikan nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
2 genggam kelapa parut putih
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 ekor ikan kembung (bakar tanpa garam)
garam/gula

CARA-CARA :
Sangai kelapa bersama bawang sehingga kekuningan.
Tumbuk lumat bersama ikan bakar.
Perasakan secukupnya.
Sedia dimakan bersama nasi kerabu.

**Sangai = goreng tanpa minyak **

Tumis budu nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
10 tangkai cili kering (rebus, kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 1/2 C santan
1 keping asam gelugur
2 Tbsp budu
garam/gula 

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masak di atas api perlahan sehingga terbit minyak dan pekat.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi kerabu @ boleh juga jika dicicah bersama ulaman.