Saturday, August 13, 2016

Nasi goreng belacan


 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
1 labu bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili api
sebesar ibu jari belacan
2 biji telur
1 tbsp sos tiram
garam 
serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Tumbuk kasar bawang, belacan cili api.
Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan sos tiram.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan tunggu hingga telur berketul baru dikacau.
Masukkan nasi dan kacau sebati.
Tambahkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama keropok dan pelengkap.

Gulai ayam dan pucuk ubi


 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk kecil pucuk ubi (celur)
1 kotak santan KARA
2 kotak air
1 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut (koyak)
garam dan gula 
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
sehiris lengkuas
1 tsp biji ketumbar
5 tangkai cili api @ ikut citarasa

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.
Tambahkan santan, air, asam keping dan renihkan.
Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
Kemudian masukkan pucuk ubi celur dan bahan perasa secukupnya.
Kacau sebentar dan sedia dihidangkan bersama nasi, budu dan ulaman.

Puding roti kaya durian

BAHAN-BAHAN :
10 biji telur (gred c)
1 tin susu cair
225g kaya durian
2 keping roti
secubit garam

KARAMEL :
4 tbsp gula pasir
9 tbsp air panas

CARA-CARA : 
Masak gula di atas api perlahan sehingga keperangan. tambahkan air panas dan masak hingga gula hancur.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah di sapukan mentega.
Ketepikan.
Sementara itu, kisar semua bahan untuk puding sehingga hancur.
Masukkan ke dalam acuan yang diketepikan tadi.
Bakar di dalam ketuhar menggunakan teknik STEAM BATH iaitu dengan meletakkan acuan ke dalam bekas berisi air panas.
Enak dihidangkan untuk minum petang.

Ketam bercili



 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (bersihkan, belah 2)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
sebesar ibu jari belacan
3 tbsp cili kisar
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1/2 c air
1 biji telur
garam dan gula
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
 Kisar bawang, halia, belacan dan serai bersama sedikit air.
 Panaskan minyak di dalam kuali
 tumis bahan kisar bersama cili sehingga
 wangi dan 
 terbit minyak
 masukkan ketam
 gaul rata dan masak hingga berubah warna
kemudian tambahkan sos-sos 
 gaul sebati
 masukkan air dan 
bahan perasa secukupnya
 pecahkan telur sambil
 dikacau-kacau. Sedia diangkat dan dihidangkan
 
 bersama nasi @ di ratah begitu sahaja.