Friday, March 30, 2018

Sup ikan salmon

 BAHAN-BAHAN :
2 keping isi ikan salmon
3 biji ubi kentang saiz kecil (potong kecil)
2 batang lobak merah saiz kecil (potong kecil)
2 batang leek (hiris serong nipis)
1 batang celery (hiris nipis)
20g halia (hiris batang mancis)
3 ulas bawang putih (ketuk)
sedikit daun sup (hiris)
2 Tbsp kicap cair
serbuk lada hitam/serbuk lada putih
garam bukit
1 liter air tapis
minyak untuk menumis


 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kuah mendidih dan sayur lembut.
Kemudian masukkan leek, celery dan juga ikan.
Biarkan seketika sehingga ikan masak.
Perasakan dengan kicap cair dan juga serbuk lada secukupnya.
Jika kurang masin masukkan sedikit garam.
Setelah sebati matikan api.
Masukkan sup ke dalam pinggan dan taburkan daun sup sebelum dihidangkan.


Roti manja

 1 bungkus roti benggali @ roti hailam (bakar)
secukupnya planta
secukupnya kaya Yeo's
serbuk lada sulah/kicap cair
secukupnya telur ayam Nutriplus


 CARA-CARA :
 Rebus telur bersama sedikit garam selama 5-6 minit.
Masukkan telur ke dalam mangkuk berisi air.
Ketepikan.
Bakar roti dengan menggunakan toaster.
Sapu planta di permukaan roti.
Kemudian sapu nipis kaya.
Pecahkan telur 1/2 masak di atas roti.
Renjiskan dengan serbuk lada sulah dan sedikit kicap cair.
Sedia dinikmati untuk sarapan.

***pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu....tetapi sekarang saya hanya mampu melihat anak-anak menikmatinya. Bagi pesakit KANSER, makanan yang tidak dimasak dengan sepenuhnya boleh mengundang malapetaka. Sekiranya doktor telah mengesahkan anda bebas daripada kanser sekalipun...penyakit ini boleh kembali jika anda mengambil makanan yang separuh masak @ anda tidak dapat mengawal stress***