Saturday, February 2, 2019

Gulai nangka muda

 BAHAN-BAHAN :
400g nangka muda (rebus empuk, tos)
250ml pati santan segar
500ml air tapis
5 helai daun limau purut (carik)
2 batang serai (ketuk)
1 asam keping
garam laut/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 ruas jari cekur
3cm kunyit hidup
3 biji buah keras
2cm halia tua
1/2 Tbsp ketumbar (sangai)


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan pecah minyak.
Tuangkan air dan pati santan.
Kacau.
Masukkan nangka dan renihkan sehingga sebati.
Tambahkan daun limau purut, asam keping dan perasakan secukupnya.
Setelah mendidih dan terbit minyak bolehlah dimatikan api.
Sedia dinikmati.

Biasa-biasa je...

 
 Lauk kampung sentiasa menjadi pilihan saya dan suami. Nangka dan ulam raja yang ditanam sendiri. Nak makan tinggal petik sahaja. Cukuplah dengan lauk ikan rebus goreng, gulai nangka muda dan ulam raja cicah sambal belacan. Nangka antara buah yang bersifat anti kanser selain durian....Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah SWT.