Anak-anakku

Loading...

Sunday, September 4, 2016



Cendawan tiram tumis pedas


 BAHAN-BAHAN :
8 tangkai cendawan tiram (dicarik-carik)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

DITUMBUK KASAR :
1 labu bawang besar, saiz kecil
secubit belacan
4 tangkai cili api
1 tangkai cili merah
1/2 tbsp ikan bilis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan cendawan dan masak sehingga cendawan lembut.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan pelengkap.

Ikan jenahak goreng sos tiram

 BAHAN-BAHAN :
2 keping isi ikan jenahak (sapu garam kunyit, goreng)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
10 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk kasar)
1 biji tomato (potong baji)
1 tbsp sos tiram Nona
sedikit air
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih, bawang besar dan juga cili sehingga garing.
Masukkan sos tiram, tomato dan juga gula.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Masukkan sedikit air.
Gaul rata.
Kemudian masukkan ikan yang telah di goreng.
Lebih enak jika diperahkan sedikit limau kasturi sebelum menghidang.




Saturday, September 3, 2016






Petai masak tempoyak



 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil isi petai (belah 2)
4 tbsp tempoyak durian
1/2 labu bawang besar
cili api tumbuk (ikut citarasa)
1 ulas bawang putih
1 hiris kunyit hidup
segenggam ikan bilis
sedikit air
minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit (jika ada)
garam, gula secukup rasa

CARA-CARA :
 Kisar tempoyak bersama kunyit dan bawang hingga halus
 panaskan minyak secukupnya untuk menumis
 tumis bahan kisar sehingga naik bau
 masukkan cili tumbuk (lebih pedas lebih umphhh)
kacau rata dan masak hingga terbit minyak
 masukkan ikan bilis
 tuangkan sedikit air dan masak lagi
 kemudian tambahkan petai
 dan masak hingga petai kecut
 masukkan daun kunyit yang dimayang halus (sekiranya ada)
 tambahkan garam dan gula secukup rasa
 jika suka rasa masam, boleh masukkan sekeping asam gelugur
masak sehingga pekat
sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan ikan kembung goreng. 


Donut sosej

 SUMBER : DI SINI DI OLAH SEMULA OLEH NaSya

BAHAN-BAHAN :
500g tepung gandum
320 ml susu suam
1 tsp garam halus
3 tbsp gula
6 tbsp minyak jagung
1 tbsp yis segera Mauripan
1 paket sosej @secukupnya (potong 2, goreng tanpa minyak)
kuning telur +sedikit susu (untuk sapu)

CARA-CARA :
Di dalam mangkuk kecil, campurkan yis bersama susu suam dan sedikit gula.
Ketepikan dan biar sehingga berbuih.
Sementara itu, campurkan bahan-bahan lain ke dalam mesin pengadun dan gaul rata.
Kemudian masukkan adunan yis tadi dan adun sehingga adunan licin.
Masukkan ke dalam mangkuk yang telah di sapu sedikit minyak.
Biarkan naik sekali ganda.
Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk membuang gas.
Bentukkan dan masukkan sosej.
Biar naik sekali lagi.
Goreng tohor dan sedia dihidangkan.
(Saya membakarnya di dalam oven. Jika menggoreng tidak perlu untuk sapu kuning telur.)