Anak-anakku

Loading...

Saturday, January 19, 2013

Teresek jantung pisang

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (hiris nipis, rendam air garam dan perah)
  • 500 g campuran hati, pedal dan bahagian ayam yang bertulang (khopeh kata ore kelate)
  • 1 tbsp cili kisar
  • 1 1/2 tbsp serbuk kari daging (makcik guna cap Indra)
  • 1 asam keping
  • 2 tbsp kerisek
  • 1 gelas santan pekat (boleh dikurangkan jika taknak berkuah)
  • sedikit air
  • gula melaka dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
DIKISAR :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 hiris lengkuas
CARA :
Jantung pisang dihiris nipis macam ni

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga garing dan harum. Masukkan sedikit garam pada langkah ini.
  2. Kemudian tambahkan cili kisar dan juga serbuk kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Setelah itu, tambahkan ayam dan masak lagi sehingga ayam kecut.


  1. Seperti di dalam gambar.

  1. Tambahkan santan dan juga sedikit air. Masak hingga mendidih. Jangan lupa letak asam keping.

  1. Masukkan kerisek, gula melaka dan masak lagi.

  1. Tambahkan jantung pisang yang telah diperah tadi.
  1. Masak hingga jantung pisang lembut dan rasa dahulu sebelum menambah garam.
  1. Kalau suka agak kering boleh masak lama sikit tapi makcik suka berkuah.
dah siap

sedia untuk dihidangkan

Biasa-biasa je

 Hari malas makan nasi...buat roti telur cili bawang (bukan buat laa tapi guna roti canai segera tapi tepek ngan telur), buat kari ayam...sedap cicah-cicah sambil minum teh tarik
wajah2 yang kegembiraan dapat makan roti canai segera...hu..hu...hu...

Tuesday, January 15, 2013

Biasa-biasa je

 Menu biasa je...tekak orang kampung....ada teresek jantung pisang (ni makanan tradisi kelate ni especially kalau ada bekwah), ada ikan nyok-nyok goreng kunyit, celur pucuk ubi (fresh dari kebun) dan juga sambal belacan limau kasturi. Alhamdulillah, jantung pisang sebiji tapi dapat byk gak siap boleh share ngan neber2. Rezeki ALLAH SWT.

Kue tiaw hitam basah-basah

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket kue tiaw (dibasuh dan toskan)
  • 2 genggam tauge
  • 1 mangkuk kecil isi kupang
  • kicap manis cap kipas udang secukupnya
  • sos tiram secukupnya
  • sedikit sos cili kimball
  • kicap cair secukupnya (makcik xletak garam)
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit air untuk kasi basah
  • minyak untuk menumis
DIHIRIS :

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan kupang dan masak sebentar. 
  2. Tambahkan kue tiaw dan juga bahan perasa. Masukkan sedikit air. Setelah kue tiaw agak lembut masukkan tauge. Kacau rata dan terus  matikan api supaya tauge kekal rangup.
  3. Enak dihidangkan bersama cili potong dan juga perahan limau kasturi.


Pembetulan.....

 Pembetulan ya ibu.....ai dah tumbuh gigi la ibu..ibu je yang xperasan sebab ai xpernah gigit ibu...tapi baru kuar sikit kat gusi bawah, nanti dah kuar panjang sikit ai try gigit ibu yaa...
geram btoi ai macamana ibu bole terlepas pandang anak bongsu ibu nie...hu...hu....

Nasi goreng hitam itu menawan

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan nasi
  • sedikit isi petai (belah 2)
  • kicap manis cap kipas udang secukup rasa
  • sedikit kicap pekat
  • garam jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit daun sup dan daun bawang
DIKISAR :

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 tbsp udang kering
  • 1 tangkai cili merah
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan nasi, petai, kicap dan gaul rata. Rasa dahulu, jika kurang masin baru masukkan garam.
  2. Setelah sebati rasanya bolehlah dihidangkan bersama drummet ayam segera dan juga soseeeej. Jangan lupa taburkan hirisan daun sup dan juga cili potong.



Monday, January 14, 2013

Tumis petai dan terung telunjuk

BAHAN-BAHAN :

  • 2 papan petai (kikis sedikit kulit &belah 2)
  • 4 biji terung telunjuk (hiris serong)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
DITUMBUK KASAR :

  • 1/2 biji bawang besar
  • segenggam cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan harum. Masukkan petai dan goreng hingga kecut.
  2. Tambahkan terung telunjuk dan masak lagi. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam. Jika suka boleh juga masukkan sedikit air asam jawa.
  3. Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.



Sunday, January 13, 2013

Kerabu tauge dan kerang

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk sederhana tauge (siram air panas)
  • 1 kg kerang (direbus bersama sedikit minyak masak, kopek & ambik isi)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 tbsp kerisek
  • secukupnya jus limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK :

  • sebesar ibu jari belacan bakar
  • cili api mengikut pedas
CARA :

  1. Gaul kesemua bahan hingga sebati dan bercampur rata. Perap seketika dan sedia dihidangkan bersama nasi panas atau diratah begitu sahaja.



Masak lemak putih pucuk labu

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat pucuk labu (kikis sikit batangnya untuk buang miang)
  • 2 gelas santan
  • sedikit garam
DITUMBUK :

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
CARA :

  1. Jerang santan bersama bahan tumbuk hingga mendidih, masukkan pucuk labu dan masak hingga layu.
  2. Tambahkan garam secukup rasa. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je

Ni menu minggu lepas ni sebab berkesempatan pergi pasar tani dapat la beli pucuk labu. Lama dah xmakan pucuk labu ni jadi kita buat masak lemak makan dengan ikan sebelah goreng kunyit, sambal belacan dengan mempelam (dgn kuini lagi best) dan juga ulam-ulaman. Hemm kenyang alhamdulillah.
pucuk ulam raja tu petik kat kebun tuu...organik..he...he...petai tu beli laa..takkan tanam pulak...kuangx3

Baby Izz dah 10 bulan...14 Jan 2013

 Hari ni genap baby Izz 10 bulan...merangkak dah laju...suka pungut sampah tapi xreti masuk mulut. Gigi belum tumbuh lagii.....hemmm xpelah...lambat sikit...lambat rosak...
 dah makan macam2 dah...
 ni pakai baju abg ngah niee
merenung masa depan yang cerah...

Friday, January 11, 2013

Ayam masak kicap sempoi


BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm ayam (potong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1/2 masak)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • secukupnya kicap manis cap kipas udang
  • sedikit air jika ingin kuah lebih
  • garam jika perlu
  • minyak untuk menumis
DIKISAR :

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing, masukkan ayam, kicap dan juga air. Renihkan sehingga mendidih. Tambahkan bawang hiris, rasa dahulu kuahnya sebelum memasukkan garam.
  2. Masak hingga mencapai kepekatan kuah yang diingini. Kalau nak hitam lebih...tambah kicap pekat sikit.
  3. Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je

Masak biasa-biasa aje, nasi planta dengan ayam panggang. Nasi planta tu biasa le..nasi masak dengan planta, letak stok ayam sikit, pewarna sikit, saja nak kasi kaler. Ayam panggang pulak gaul dengan rempah segera yang  ada jual kat tesco...buat sos lada hitam bermadu..manis2 pedas giteww..sayur lak ada kacang panjang je..jadi laa dari xde langsung. Alhamdulillah..kenyang gak.

Wednesday, January 9, 2013

Baby Izz 9 bulan...14 Dec 2012

 Dah cengkung dah anak bongsu ibu....
 Baby Izz dah kurus sebab selalu xsihat. Ni baru lepas keluar wad sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru...sian... Bulan lepas beratnya 8.2 kilo, sekarang dah turun sekati jadi 7.6 kilo....
Dah laju merangkak tapi xpandai minum air guna cawan @ sudu sebab dari 6 bulan dah minum guna straw...hu...hu...hu...
Abang aje laa yang tembam sekarang ni padahal baru darjah 4. Berat dah 40 kilo, seluar sekolah saiz 28...baju saiz 18....haaii nak buat macamana tukang perabih stok makanan kat umah....Abang ngah maintain jerr

Saturday, January 5, 2013

Biasa-biasa je

 Mi goreng tu resepi kitar semula...pasal daging kicap tu ada belen...campur la ngan kobis ngan mi...xmembazirkann. Ada peria katak celup tepung rangup pedas, masak lemak ikan keli dan juga sambal penyet...hmmm sedapp.

Biasa-biasa je

Daging masak kicap sempoi