(3) Bersumpah Dengan Selain Nama ALLAH
Kesalahan fatal yang sering terjadi pada sebahagian wanita adalah bersumpah dengan selain nama ALLAH Taala, kerana hal itu termasuk syirik
asghor (kecil). Namun jika orang yang bersumpah meyakini bahawa sesuatu yang ia jadikan sumpah tersebut mempunyai kedudukan yang sama dengan ALLAH Taala atau bahkan lebih agung dariNya, maka syirik
asghor tersebut berubah menjadi syirik
akbar (besar) yang dapat mengeluarkan pelakunya dari agama dan menjadikannya murtad dari dien islam.