Anak-anakku

Loading...

Tuesday, April 23, 2013

Sayur campur





 BAHAN-BAHAN :

  • 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
  • sedikit brokoli
  • sedikit kobis bunga
  • 10 batang putik jagung (hiris serong)
  • beberapa batang filamen ketam (hiris serong)
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • sos tiram secukup rasa
  • sedikit minyak bijan (jika suka)
  • 2 biji putih telur (pukul sedikit)
  • 1 tbsp tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • sedikit stok ayam
  • minyak untuk menumis

CARA-CARA :


 panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga harum

 masukkan karot dan goreng sebentar

 tambahkan stok ayam dan biar mendidih

 masukkan pula bunga kobis dan putik jagung. Masak sebentar

 kemudian tambahkan filamen ketam, brokoli dan sos tiram. Masukkan garam jika perlu 

 masukkan pula bancuhan tepung jagung

setelah memekat, tuangkan putih telur dan renjiskan sedikit minyak bijan. Sedia dihidangkan panas-panas...




Bihun goreng makcik kantin

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping bihun (direndam sehingga lembut)
  • 1/2 ikat kangkung (dipotong pendek)
  • kicap manis dan garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 biji telur
DITUMBUK :

  • 1/2 biji bawang besar (saiz kecil)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 2 tbsp ikan bilis

CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
  2. Masukkan telur dan kacau hingga berketul.
  3. Tambahkan bihun, kangkung, kicap dan juga garam secukup rasa. Masak hingga bihun lembut. 
  4. Sedia dihidangkan bersama cili kicap @ cili jeruk....nostalgia sungguhhhh....