Saturday, September 15, 2012

Makaroni goreng


BAHAN-BAHAN :

  1. 1 paket makaroni (direbus hingga lembut)
  2. 1 paket sosej ayam (potong bulat)
  3. 2 sdb bawang merah kisar
  4. 1 sdb bawang putih kisar
  5. 1 sdb cili kisar
  6. 2 sdb sos tomato
  7. 2 sdb sos cili
  8. garam secukup rasa
  9. sedikit kicap manis
  10. minyak untuk menumis

CARA :


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili giling 

hingga garing dan pecah minyak.

tambahkan sosej dan sos-sos dan

kacau rata.

masukkan makaroni yang telah ditoskan.

gaul sebati. Tambahkan garam secukupnya.

tuangkan sedikit kicap manis dan gaul rata.

sedia dihidangkan. Makaroni ni saya masak untuk majlis hari raya kat sekolah Nabil...simple yang amat..

Menemen (telur hancur gaya Turki)

 Resepi asal sila klik sini




BAHAN-BAHAN :
  • 4 biji telur
  • 4 biji tomato masak ranum
  • 2 biji bawang holland (m'cik guna bawang bombay)
  • 2 biji cili hijau
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • sedikit minyak

CARA :

potong dadu bawang besar

hiris cili hijau

dan parut tomato untuk mendapatkan patinya

di dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang

hingga layu

masukkan cili hiris dan gaul rata

tambahkan pati tomato dan masak sehingga kering airnya.

tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya

pecahkan telur

dan kacau selalu seperti membuat telur hancur. 

enak dimakan panas2 bersama roti