Friday, May 17, 2013

Udang galah masak sos


 BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang galah
1 paket kecil taucu
1 tbsp sos tiram nona
2 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1 biji telur (dipukul)
minyak untuk menumis

DIHIRIS :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili api

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hingga wangi
 masukkan taucu, sos-sos dan juga cili hiris. Gaul rata
 kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan. Masak hingga udang kecut
 setelah itu tambahkan telur yang telah dipukul perlahan
 gaul hingga telur berketul. Lauk ini tidak memerlukan garam dan juga gula kerana taucu dan sos-sos sudah masin. Jika suka boleh masukkan sedikit air.
sedia dihidangkan bersama nasi panas.



Fritatta telur



 BAHAN-BAHAN :

  • 5 batang sosej (hiris nipis)
  • 2 biji kentang (sagat, perah air)
  • 5 biji telur
  • 3 batang daun bawang (hiris)
  • 2 tbsp mayonis
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk lada hitam (jika suka)
  • sedikit minyak untuk menumis

 CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper. Gorengkan sosej hingga garing.
  2. Masukkan kentang sagat, masak hingga kentang lembut.
  3. Sementara itu di dalam mangkuk, pukul telur bersama mayonis, daun bawang, garam dan juga lada hitam. Tambahkan bahan telur ke dalam kuali dan gaul rata. 
  4. Tutup kuali. Setelah garing terbalikkan telur dan goreng sehingga masak.

Enak dimakan bersama sos cili @ dilapis bersama roti..nyumm...nyummm

Bihun goreng daging burger

 Ni menu terdesak...makcik malas nak rebus daging tapi nak guna daging maka lahirlah bihun ni. Makcik guna rencah biasa je tapi makcik boh daging burger ngan lada hitam. Tak guna cili kisar...korang berimaginasi sendiri la ye. Sedap jerr kalau perut tengah berdangdut tuu...ermmm

Nasi goreng planta

 


 BAHAN-BAHAN :

  • 2 pinggan nasi
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 batang lobak merah (dadu)
  • 4 batang sosej (hiris bulat)
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk pati ayam
  • serbuk lada putih secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit hirisan daun bawang untuk tabur
  • planta untuk menumis


 CARA :

  1. Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang hingga wangi. 
  2. Masukkan karot dan sosej, masak hingga sosej garing.
  3. Pecahkan telur dan gaul hingga berketul. 
  4. Kemudian masukkan nasi, garam, serbuk pati ayam dan juga serbuk lada putih. Kacau rata dan masak hingga sebati. Sebelum diangkat masukkan hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.
  5. Sedia dihidangkan bersama cili potong dan juga keropok ikan.


Sup kobis dan udang



 BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 biji kobis 
  • 1/2 batang lobak merah (potong jejari)
  • 15 ekor udang sederhana (buang kulit)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (hiris)
  • sos tiram secukup rasa
  • sedikit serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga harum.
  2. Masukkan air, lobak merah, kobis dan juga udang. Masak hingga kobis layu.
  3. Tambahkan sos tiram, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  4. Sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu sahaja untuk anda yang sedang berdiet.