Saturday, September 6, 2014

Nasi kapit bersambal...biasa-biasa aje

 Teka lauk apa...ada ikan sardin, nenas manis cicah asam boi dan juga sup ayam dan bunga kobis. Ni kira malas sangat la ni nak masak. 

 Ni pulak nasi kapit bersambal... sambalnya cukup senang nak buat. Ikan kembung bakar,kelapa muda parut, bawang merah, halia sikit, serai, lada hitam sikit jika suka, gula melaka dan juga garam sikit je. Mula-mula sangai kelapa dan bawang, halia, serai hingga kelapa garing. Kemudian tumbuk bersama ikan dan juga gula melaka. Kalau boleh biarlah sehingga agak berminyak. Dah sedia dicicah dengan nasi kapit.

Biasa-biasa aje....

 Besok lunch masak apa ya.....apa kata kalau masak simple macam ni. Mau makan bertambah jugakkan...jangan pening kepala nak masak apa ..gini dah cukup...
ikan kerisi goreng, sup petola, sotong goreng bersama  kacang panjang dan xlupa sambal belacan. sedap... 

Biasa-biasa aje....

 Siapa suka makan bihun sup Utara...angkat tangan...
resepi macam sup biasa juga tapi mesti ada sambal merah, tauhu goreng dan lobak masin. Bihun pulak mesti kaler kuning. Kalau kaler putih jadi bihun sup aje...xde Utara.
Resepi dah pernah letak kat sini korang godek la ye. Sama gak ngan kuih kaswi tu...selamat mencuci mata anak-anak semua... 

Kailan tumis bawang putih....fresh dari kebun

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat kailan
7 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
secubit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan sayur bersama bahan-bahan perasa.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Peria rangup


 Peria rangup macam yang dok ada kat kedai mamak tu....selalunya makcik proses ni bukan untuk makan ngan nasi tapi sebagai kudapan sambil tengok tv...bahan-bahan biasa aje, peria katak, tepung goreng pedas jenama bistari, pewarna merah sikit. Peria tu makcik sagat nipis-nipis..basuh ngan air garam, lepas tu perah. Golekkan dalam tepung rangup dah siap....sedia untuk digoreng.

Donat

 Donat ni sebenarnya makcik gentel dah lama...lupe lak guna resepi saper...
nanti laa makcik recall balik ye...

Corn dog

 BAHAN-BAHAN :
sosej secukupnya
1/2 c tepung suji
1/3 c tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
sedikit serbuk penaik
1 biji telur
air secukupnya (bancuhan agak pekat)
minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :
Bancuh semua bahan di dalam bekas tinggi (cth; gelas @ jag)
Celupkan sosej dan goreng terendam.
Sedia dihidangkan panas-panas bersama sos cili.