BAHAN-BAHAN :
1 bungkus mi kuning
1 mangkuk kecil bunga kobis
sedikit kobis
1 batang karot (potong jejari)
3 batang putik jagung
9 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit udang, isi ayam dan sotong
1/2 sdb serbuk pati ayam
kicap pekat
sos tiram
sos cili
sos tomato
serbuk lada putih
air secukupnya dibancuh bersama tepung jagung
garam dan gula jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih yang telah diketuk sehingga wangi.
Masukkan udang, isi ayam dan juga sotong. Masak hingga kecut.
Kemudian masukkan semua sos-sos, serbuk pati ayam dan juga serbuk lada putih secukupnya.
Masukkan juga air secukupnya . Kacau rata hingga mendidih .
Setelah itu masukkan kesemua sayur-sayuran dan masak lagi hingga sayur empuk.
Tambahkan mi yang telah dicuci dan masukkan juga air bancuhan tepung jagung.
Kacau rata dan masak hingga mi lembut.
Rasa dahulu kuahnya sebelum memasukkan garam @ gula kerana sos-sos sudah masin.
Enak dihidangkan bersama cili jeruk dan juga perahan limau kasturi.