Thursday, July 23, 2015

Sambal tumis bilis dan petai versi cili api



BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil petai
2 genggam ikan bilis (goreng garing)
secukupnya air asam
garam dan gula ikut citarasa
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
segenggam penuh cili api
4 tangkai cili merah

CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan hilang bau cili.
Masukkan air asam, garam dan juga gula secukup rasa. (garam sedikit sahaja kerana ikan bilis dah masin)
Masak hingga naik minyak.
Kemudian masukkan petai dan kacau sekejap.
Tutup api. 
Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang digoreng. 
Kalau suka ikan bilis yang rangup, masa nak makan baru digaul dengan sambal.


Kari ayam berkerisek



 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (dipotong kecil)
3 biji kentang (kupas kulit, potong kecil)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
5 biji pelaga
5 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
4 tbsp serbuk kari daging BABA'S
sedikit serbuk lada hitam
1 tbsp kerisek
1 kotak santan Kara
sedikit air asam jawa
secukupnya air untuk kuah
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia 

 CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan juga bunga lawang hingga terbit bau.
Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk.
Masak hingga garing sedikit.
Tambahkan serbuk kari dan juga daun kari. 
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga menjadi pes.
Tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam.
Gaul rata dan tunggu sehingga air ayam kering.
Setelah itu, masukkan santan kotak, air asam, air secukupnya dan juga kentang.
Masak hingga mendidih.
Tambahkan kerisek, serbuk lada hitam dan garam  juga gula secukup rasa.
Bila kentang sudah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Enak dimakan bersama roti jala...

Kerabu mangga dan tomato


 BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda (hiri panjang)
2 biji tomato mengkal @ hijau (buang biji, hiris panjang)
7 tangkai cili api (hiris)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
secukupnya daun ketumbar (patahkan @ hiris)
jus limau secukup rasa
sos ikan dan gula secukup rasa

CARA :
Gaul semua bahan hingga rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah  begitu sahaja.
Nyum...nyummmm

Biasa-biasa aje.....


 Resepi biasa2 aje... rasanya dah pernah letak dalam ni hu..hu...tapi dah lupa tang mana. Lama xjenguk umah ni sampai dah ada sarang spiderman...