Saturday, August 22, 2015

Biasa-biasa aje....

 Masak lemak ayam, kailan sos tiram, telur dadar dan sambal belacan. 
Lauk simple aje...

Paku rawan goreng belacan

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk paku rawan
1 tbsp sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili api
sedikit belacan

 CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan sos tiram dan pucuk paku rawan.
Tambahkan garam dan sedikit gula jika suka.
Kacau rata dan sedia dihidangkan.




Pucuk paku rawan @ genjer

 Pucuk paku rawan...selalu ditemui di petak-petak sawah. Masa kecik-kecik dulu memang xpandang dan xmakan sayur ni sebab emak pun xpernah amik kat sawah tepi umah.
bila dah tua ni, rasa teringin lak nak mencuba macamana rasanya. So, bila pegi pasar tani nampak ada orang jual...apalagi. Itulah...kalau dapat free memang xhingin tapi bila kena bayar ni rasa sedap la pulak hi...hi....

Biasa-biasa aje....

Lauk biasa aje, sup ayam ringkas...ayam panggang enak dan juga popia goreng. 
Selamat mencuba....

Ayam panggang enak

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong)
3 tbsp madu
1 tbsp serbuk pati ayam
sedikit garam

DIKISAR :
3 batang serai
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 tangkai cili api
1/2 tbsp biji ketumbar
hujung sudu biji jintan putih
 CARA-CARA :
Perap ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 4 jam @ semalaman.
Panggang di dalam ketuhar sehingga masak. 
Enak dinikmati bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Asam pedas daging berjintan

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg daging tetel
1 batang serai (ketuk)
1 kiub stok daging
secukupnya air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
air untuk kuah
minyak untuk menumis
2 kuntum bunga kantan (belah 4)
sedikit daun kesum

BAHAN KISAR :
segenggam cili kering (direbus)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 hiris lengkuas
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
sedikit lada hitam

 CARA-CARA :
Panaskan minyak yang secukupnya di dalam periuk.
Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan daging tetel dan serai.
Gaul rata.
Kemudian tambahkan air asam jawa, kiub daging dan secukupnya air untuk kuah.
Masak  sehingga mendidih dan daging empuk.
Setelah itu, tambahkan bunga kantan, daun kesum dan bahan perasa secukupnya.
Renih sebentar dan bolehlah ditutupkan api.

Enak dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk.

Biasa-biasa aje......



Lauk yang biasa untuk orang yang biasa-biasa juga hu..hu...
orang kampung, biasa laa. Masak asam pedas ikan pari, lawankan dengan ikan masin dan ulam ...dah cukup dah. Ayam goreng tu untuk budak-budak ribena. Jemput ye...

Tuesday, August 4, 2015

Karipap sardin....

Karipap sardin yang semua orang tau buat. Resepi biasa sahaja. Dari kecik sampai dah berumur ni, memang xreti nak kelim tepi. Makanya.....kita tekan2 ngan garfu je lah.  Sedap...garing je. 
Resepi lebih kurang je lah ye...
tepung gandum agak2 dlm 1 1/2 -2cwn, telur sebiji, garam, marjerin (ramas sampai jadi serbuk roti)
Pas tu baru masuk air sikit2. 
Inti sardin tu ikut suka la, nak tumis @ guna sardin lenyek. Ikut suka.
Adunan tu warna kuning sikit, kalau warna putih tu maknanya kurang marjerin.
Selamat mencuba.