Sunday, February 6, 2011

ayam asam jawa

Kata-kata hikmah:
Makanan Yang Paling Jijik
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Makanan yang paling jijik ialah makanan kenduri kahwin yang hanya menjemput orang kaya sahaja,
dan mengetepikan orang miskin...."
                                                                                                        (Riwayat Abu Daud)



  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm ayam (dilumur garam kunyit dan digoreng 1/2 masak)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji kapsikum merah (dihiris)
  • 100 ml air asam jawa
  • kicap manis cap kipas udang secukupnya 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih dan bawang besar hingga naik bau.
    2. Masukkan air asam jawa, ayam dan kicap manis.masak hingga agak pekat.
    3. Akhir sekali masukkan kapsikum.Gaul rata.
    4. Bolehlah dihidangkan.

sotong belacan

Kata-kata hikmah :
Jangan Menghina Makanan
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa,Rasulullah s.a.w.tidak pernah menghina makanan.
Jika baginda menggemari sesuatu, dia akan memakannya dan jika tidak suka,
dia akan meninggalkannya.
                                                                                                 (Riwayat Muslim)



  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm sotong (dipotong dan direbus sebentar)
  • 1/2 biji bawang  besar (dihiris)
  • 1/2 biji kapsikum (dihiris)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sdb cili boh
  • 5 tangkai cili padi (dikisar)
  • 10 gm udang kering (dikisar)
  • 10 gm belacan (dikisar)
  • 1 sdb kicap manis 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar,cili boh dan bawang besar hingga garing dan naik bau.
    2. Setelah itu,masukkan sotong,kicap manis dan kapsikum.Kacau sehingga agak kering.Masakan ini tidak memerlukan garam kerana udang kering sudah masin.
    3. Sedia dinikmati.

kerabu limau bali

Kata-kata hikmah :
Kebaikan Lobak Merah;
Menurut Imam al-Sya'rani, makan lobak merah boleh membaiki hati dan mengelak kelupaan.



  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 biji limau bali (dikupas )
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 sdk serbuk belacan
  • cili api (mengikut kepedasan yang diingini)
  • 5 biji limau kasturi
  • sos ikan secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • segenggam daun ketumbar
  • 10 ekor udang (direbus dan dibuang kulit) 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Campurkan semua bahan-bahan diatas,gaul mesra.
    2. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.