Anak-anakku

Loading...

Thursday, September 13, 2012

Sup ayam dan petola


BAHAN-BAHAN :



  • secukupnya ayam yang telah dipotong kecil
  • 1 biji petola (belah 2 dan hiis nipis)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • air secukupnya untuk kuah
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • sedikit stok ayam
  • daun sup dan daun bawang
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing

masukkan ayam

masak hingga ayam kecut

masukkan air dan bahan perasa. Bila mendidih tambahkan petola

masak hingga petola layu

 taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

Nasi jagung ringkas



 BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan beras basmati ( dicuci bersih dan direndam 30 minit )
  • 3 1/2 cawan air
  • 1mangkuk kecil isi jagung sejuk beku
  • 1 batang kulit kayu manis (saiz kecil)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdb stok ayam
  •  sedikit garam
  • 2 sdb minyak sapi
CARA-CARA :


Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis rempah tumis hingga wangi.


Masukkan isi jagung
gaul rata
kemudian tambahkan 3 1/2 cawan air. 
masukkan juga serbuk kunyit, pati ayam dan garam secukup rasa. Jangan lupa bay leaf.
tunggu hingga mendidih
barulah dimasukkan beras yang telah dicuci bersih
masak dengan api yang perlahan dan tutup periuk.
setelah nasi masak, kacau menggunakan garfu.
sedap dimakan bersama acar ikan talang masin. Makcik xsempat nak masak dalca ke apa ke...cuma sempat goreng ayam ngan fish fillet je..jadi laaaaa...
bersyukur dengan apa yang ada...alhamdulillah.