Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 3, 2011

pizza segera


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 2 keping roti pita
  • sos tomato kimball secukupnya
  • dada ayam panggang @ ikut citarasa
  • tomato hiris
  • sedikit mixed herbs jika suka
  • cheese sliced secukupnya 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    • Susun semua bahan dan bakar.

ketupat sotong kelantan


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 6 ekor sotong bersaiz sedang (tanpa telur)
  • 2 sdb beras pulut (direndam bersama sedikit santan pekat selama 1 jam)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping gula melaka (ikut citarasa)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit halba
  • secubit garam
  • toothpick secukupnya 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    • Isikan beras pulut ke dalam perut sotong 1/3 penuh. Cucuk kepala dan badan sotong dengan toothpick agar pulut tidak terkeluar.
    • Di dalam periuk  masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana sehingga kuah pekat dan sotong kelihatan bulat. (menandakan pulut sudah masak)
    • Angkat dan hidangkan. Sebelum makan jangan lupa buang toothpick tu...kang ada yang tertelan lak. Kah..kah..kahh

Ikan tongkol goreng pedas


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 3 keping ikan tongkol (dikukus bersama sedikit asam keping dan garam, digoreng)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 sdb cili kisar
  • sedikit belacan
  • sos cili dan kicap manis secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak di dalam kuali tumis bahan yang dikisar bersama cili sehingga naik minyak. Masukkan belacan,gula, sos dan kicap. Jika perlu masukkan sedikit air. Masak lagi.
    2. Apabila agak pekat masukkan bawang hiris dan ikan yang telah digoreng tadi. Rasa dahulu sebelum menambah garam.
    3. Sedia dihidangkan.

Asam pedas ikan pari


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 6 ketul ikan pari 
  • minyak masak untuk menumis
  • 2 kuntum bunga kantan
  •  segenggam daun kesum
  • air secukupnya
  • 1/2 genggam asam jawa baru (diramas dengan sedikit air)
  • garam secukup rasa
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sdb cili kisar
  • 1 cm kunyit hidup (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • sedikit belacan
  • sedikit lada hitam
  • 1/2 sdb serbuk pati ikan bilis
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 2 biji terung (potong panjang) 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Cuci dan bersihkan ikan dengan garam dan air asam jawa.Bilas beberapa kali dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan yang dikisar bersama belacan dan pes cili kering hingga harum dan terbit minyak.
    3. Masukkan ikan pari,bunga kantan dan daun kesum .Kacau rata dan masukkan sedikit air dan biar mereneh selama 5 minit.
    4. Masukkan terung, tomato, baki air dan air asam jawa.Masukkan juga bahan perasa.Tunggu sehingga mendidih dan ikan masak.
    5. Sedia untuk dihidangkan.

Dada ayam panggang bersos mustard


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 5 keping dada ayam (diperap bersama rempah montreal selama sejam)
  • 1 paket mccormick montreal chicken spices
  • BAHAN SOS :-)
  • 1 cwn air
  • 1 sdb serbuk pati ayam
  • 2 sdb yellow mustard
  • sedikit daun thyme
  • 1/2 kotak kecil krim masakan
  • 1 keping keju
  • sedikit tepung untuk memekatkan kuah
  • garam jika perlu 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ayam dipanggang di atas kuali @ di dalam oven. Letakkan sedikit butter supaya ayam berkilat. Panggang sehingga masak tetapi masih berjus. Tutup dengan aluminium foil.
    2. Renihkan semua bahan-bahan untuk sos di atas api yang perlahan. Kacau selalu. Rasa dahulu sos sebelum memasukkan garam.
    3. Sedia untuk dihidangkan bersama daun salad pilihan.