Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 3, 2011

ketupat sotong kelantan


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 6 ekor sotong bersaiz sedang (tanpa telur)
  • 2 sdb beras pulut (direndam bersama sedikit santan pekat selama 1 jam)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping gula melaka (ikut citarasa)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit halba
  • secubit garam
  • toothpick secukupnya 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    • Isikan beras pulut ke dalam perut sotong 1/3 penuh. Cucuk kepala dan badan sotong dengan toothpick agar pulut tidak terkeluar.
    • Di dalam periuk  masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana sehingga kuah pekat dan sotong kelihatan bulat. (menandakan pulut sudah masak)
    • Angkat dan hidangkan. Sebelum makan jangan lupa buang toothpick tu...kang ada yang tertelan lak. Kah..kah..kahh

No comments:

Post a Comment