Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 25, 2016

Pasta spiral daging burger

BAHAN-BAHAN :
 1/2 paket pasta spiral (rebus 1/2 masak)
1 paket daging burger Ramly (dihancurkan)
1 labu bawang besar (didadu)
2 helai daun bay
1 tsp mix herbs
1/2 tbsp lada hitam kisar
1 tin sederhana pati tomato Duchef
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang yang telah didadu sehingga kekuningan.
Masukkan daging burger yang telah dilerai-leraikan.
Kemudian tambahkan pati tomato dan juga herba-herba.
Masak hingga keluar minyak.
Tambahkan air dan bahan perasa secukupnya.
Masak sehingga agak pekat.
Sebelum diangkat, masukkan pasta yang telah direbus 1/2 masak.
Renihkan sebentar dan sedia dihidangkan bersama parutan keju cheddar.

Asam rebus kembung dan betik



BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan kembung saiz besar (potong 2)
1/2 biji betik mengkal (rebus)
4 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
2 gelas air @ secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 tbsp minyak untuk menumis 

DIKISAR :
1 tangkai cili merah
1/2 labu bawang besar
1/2 inci belacan bakar
1 tsp lada hitam @ ikut citarasa
1 batang serai kisar
1 hiris kunyit kisar

CARA-CARA : 
 Panaskan minyak di dalam periuk. 
Tumis bahan kisar
 sehingga wangi dan 
 terbit minyak
 tambahkan air secukupnya
 masak hingga mendidih
 kemudian masukkan bahan-bahan lain 
renihkan dan tambah bahan perasa secukupnya 
 tutup api dan 
 sedia dihidangkan bersama nasi panas dan pelengkap.