Anak-anakku

Loading...

Tuesday, January 24, 2017

Stew ayam slow cooker

 BAHAN-BAHAN :
2 keping paha ayam
1 tin peeled tomatoes (400g)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji kapsikum merah, kuning, hijau (potong panjang)
4 batang karot kecil (belah 2)
2 helai daun bay
1 tsp oregano kering
1 tsp rosemary kering
2 1/2 tbsp gula perang
1 tbsp sos worchestershire
garam dan lada hitam kisar
2 tbsp minyak

CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam SLOW COOKER kecuali kapsikum.
Guna mod HIGH untuk 2 jam pertama.
Kemudian tukar ke mod LOW, masukkan kapsikum dan masak selama 1 jam.
Periksa ayam dan rasa bumbunya. 
Sedia dihidangkan bersama roti @ kentang putar .


Monday, January 23, 2017

Udang goreng belacan


 BAHAN-BAHAN :
10 ekor udang sederhana
1 keping asam gelugur (hiris halus)
garam dan gula 
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar (sederhana)
2 ulas bawang putih
2 inci belacan bakar
10 tangkai cili api 
8 biji tomato ceri

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan udang, asam gelugur hiris, garam dan gula secukupnya.
Gaul sebati.
Rasa masam manisnya, sedia diangkat dan dihidangkan.

Saturday, January 21, 2017

Siakap masam manis berserai


 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap sederhana (potong 4)
10 tangkai cili padi hijau
1 helai daun limau purut (carik)
1/2 tbsp sos tiram Nona
3 tbsp sos tomato Kimball
2 tbsp sos cili Kimball
1 tbsp kicap cair
garam dan gula secukup rasa
sedikit garam +serbuk kunyit (lumur ikan)
minyak untuk menumis dan menggoreng ikan

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
7 tangkai cili kering (rebus)
1 batang serai
5 ulas bawang putih

 CARA-CARA :
 Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga garing dan ketepikan.
Sementara itu, kisar bahan rencah dengan sedikit air sehingga hancur.
Panaskan sedikit minyak baki gorengan ikan.
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan bahan sos, cili api dan perasakan secukupnya.
Kacau sehingga sos meletup-letup. 
Masukkan daun limau purut dan tuangkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. 
Hidangkan panas-panas.

Sup daging pedas masam

 BAHAN-BAHAN :
300g daging (hiris nipis)
1 batang serai (kisar)
1 biji tomato (belah 6)
1/2 labu bawang besar (hiris)
6 tangkai cili api (belah 2)
1 bungkus sup bunjut
1 tsp maggi secukup rasa
jus limau nipis @kasturi secukupnya
2 helai daun limau purut (carik)
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya 
air secukupnya untuk merebus daging
garam secukup rasa

 CARA-CARA :
 Rebus daging sehingga empuk.
Sukat 3 gelas air rebusan untuk kuah.
Renihkan stok bersama daging, serai, akar ketumbar, bawang, sup bunjut dan juga tomato.
Perasakan dengan maggi secukup rasa dan sedikit garam. 
Masak hingga tomato lembut.
Kemudian tambahkan cili api dan daun limau purut.
Sebelum dihidangkan masukkan jus limau mengikut citarasa.
Taburkan daun ketumbar sebelum dinikmati.


Thursday, January 19, 2017

Tumis sotong kailan muda

 BAHAN-BAHAN :
7 ekor sotong (potong bulat)
3 pokok baby kailan (leraikan)
1/2 biji cili benggala merah, kuning dan hijau
3 ulas bawang putih (cincang)
2 ulas bawang merah (cincang)
garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang cincang sehingga wangi.
Masukkan sotong dan masak sehingga kecut.
Kemudian masukkan sayur-sayur dan perasa.
Kacau sebentar dan sedia dihidangkan.

Sotong masak kicap

 BAHAN-BAHAN :
1 kg sotong (bersihkan)
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tiram
2 tbsp kicap manis
beberapa tangkai cili api (ketuk)
sedikit air asam jawa
1 tbsp tepung jagung
garam, gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sotong yang telah ditos.
Masak sehingga sotong kecut.
Kemudian tambahkan sos-sos, air asam dan cili ketuk.
Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
Tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Remis rebus

 
 BAHAN-BAHAN :
500g remis
sedikit lada hitam (tumbuk pecah-pecah)
1/2 c air
1 tbsp bawang merah kisar
1 tsp bawang putih kisar
1 tbsp halia kisar
garam secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Renihkan di atas api sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan.


Kek cawan kelapa dan butterscotch

  
 BAHAN-BAHAN :
1 c tepung gandum
1/2 tsp serbuk penaik
3/4c kelapa parut kering
3/4c mentega
3/4c gula halus
1c telur
1 tsp esen vanilla
1/4c cip butterscotch

CARA-CARA :
 Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik.
Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula halus di dalam mixer sehingga gebu dan putih.
Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan adun sehingga ringan.
Dengan kelajuan perlahan, masukkan esen vanilla dan tepung gandum berselang seli dengan kelapa parut.
Aduk rata.
Akhir sekali tambahkan cip butterscotch dan sudukan ke dalam acuan muffin kecil.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga masak.



Kek gula hangus kukus


 BAHAN-BAHAN :
125G mentega
5 biji telur saiz A
1 1/2 c tepung gandum
2c gula +1/2 c air @lebih sedikit (sekadar mencairkan gula, jadikan gula hangus)
1/2 tbsp soda bikarbonat
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tin susu pekat manis
***JIKA TIDAK SUKA MANIS, BOLEH KURANGKAN GULA***

CARA-CARA :
Masak gula diatas api kecil sehingga perang. 
Masukkan air sedikit demi sedikit dan masak hingga gula hancur menjadi karamel.
Ketepikan sehingga sejuk.
Sementara itu, Adun semua bahan dengan menggunakan mixer sehingga sebati.
Tuangkan karamel dan kacau sehingga bercampur rata.
Ketepikan adunan sekurang-kurangnya 20 minit.
Panaskan pengukus dan kukus adunan kek selama 2 jam @ sehingga masak.
Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
***SENTIASA PERIKSA BAKI AIR DI DALAM PENGUKUS***



Asam rebus ikan kembung

 BAHAN-BAHAN :
10 ekor ikan kembung pelaling
3 batang serai (ketuk)
secukupnya air untuk kuah
asam keping ikut citarasa
garam dan sedikit gula
3 tangkai daun kesum

DIKISAR :
10 tangkai cili kering (rebus)
1/4 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan bakar
1/2 inci halia

CARA-CARA :
Renih bahan kisar bersama air, serai, asam keping dan daun kesum sehingga mendidih dan hilang bau cili.
Masukkan ikan dan bahan perasa secukupnya.
Jika suka boleh masukkan bendi @ terung. 
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan sambal belacan.

Bingka ala Akok

 BAHAN-BAHAN :
8 biji telur ayam
1 c tepung gandum
1 bekas @ cup KAYA AUNTIE ROSIE (Gardenia)
1 1/2 c air
4 tbsp gula
secubit garam
sedikit marjerin untuk melengser acuan

 CARA-CARA :
Kisar telur bersama kaya, air, gula dan juga garam sehingga ringan.
Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
Ketepikan.
Lengser acuan dan panaskan acuan di dalam ketuhar sebentar.
Tuangkan adunan dan bakar sehingga masak. 
Enak dihidangkan untuk minum petang.