Anak-anakku

Loading...

Thursday, January 19, 2017

Kek gula hangus kukus


 BAHAN-BAHAN :
125G mentega
5 biji telur saiz A
1 1/2 c tepung gandum
2c gula +1/2 c air @lebih sedikit (sekadar mencairkan gula, jadikan gula hangus)
1/2 tbsp soda bikarbonat
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tin susu pekat manis
***JIKA TIDAK SUKA MANIS, BOLEH KURANGKAN GULA***

CARA-CARA :
Masak gula diatas api kecil sehingga perang. 
Masukkan air sedikit demi sedikit dan masak hingga gula hancur menjadi karamel.
Ketepikan sehingga sejuk.
Sementara itu, Adun semua bahan dengan menggunakan mixer sehingga sebati.
Tuangkan karamel dan kacau sehingga bercampur rata.
Ketepikan adunan sekurang-kurangnya 20 minit.
Panaskan pengukus dan kukus adunan kek selama 2 jam @ sehingga masak.
Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
***SENTIASA PERIKSA BAKI AIR DI DALAM PENGUKUS***



No comments:

Post a Comment