Anak-anakku

Loading...

Thursday, January 19, 2017

Sotong masak kicap

 BAHAN-BAHAN :
1 kg sotong (bersihkan)
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tiram
2 tbsp kicap manis
beberapa tangkai cili api (ketuk)
sedikit air asam jawa
1 tbsp tepung jagung
garam, gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sotong yang telah ditos.
Masak sehingga sotong kecut.
Kemudian tambahkan sos-sos, air asam dan cili ketuk.
Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
Tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


No comments:

Post a Comment