Tuesday, February 1, 2011

ayam goreng satay

Resepi ini diadaptasi dari masakan nyonya melaka.Rasanya seakan-akan rendang tetapi etap ada kelainan.Kalau nak tahu,kenalah cuba kay.

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 ekor ayam (anggaran 1 kg)
  • 5 batang serai (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji buah keras (dikisar)
  • 2 cm belacan (dikisar)
  • 2 cm lengkuas (dikisar)
  • 20 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
  • 950 ml santan
  • 1 sdb gula
  • garam secukup rasa

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bersihkan dan potong ayam,kemudian ditoskan.
    2. Perap ayam dengan bahan kisar.
    3. Masukkan ayam yang telah diperap dan santan ke dalam kuali.
    4. Masukkan gula dan garam
    5. Masak sehingga mendidih,perlahankan api,masak sehingga kuah menjadi pekat.
    6. Sedia dihidangkan

cik mek molek ala tasneem

pagi tadi Tok Bil berkebun kat depan umah.Dalam dok berkebun tu,sempat lagi dia kemas pokok keledek Tok Ja.Itu yang jadik cik mek molek ala-ala tasneem gituuu.Jangan mare ye en.suhardy.Apa-apa pun selamat mencuba....

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 500 gm keledek (direbus dengan sedikit garam dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula secukupnya (untuk inti)
  • minyak untuk goreng terendam
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Campurkan ubi keledek bersama tepung.gentelkan bulat-bulat.Leperkan sedikit,masukkan inti dan bentukkan lonjong.
    2. Goreng didalam minyak panas. (jangan biarkan cik mek yang sudah siap digentel didalam suhu bilik kerana dikhuatiri inti gula akan cair.Ianya hendaklah terus digoreng)
    3. Enak dimakan panas-panas dengan kopi o

sembilang berlada ala nasya


  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 4 ekor ikan sembilang (dicuci bersih dan direndam bersama air limau nipis)
  • 5 tangkai cili merah (digiling)
  • 5 ulas bawang merah (digiling)
  • 2 ulas bawang putih (digiling)
  • 1 sdk sos tiram
  • sedikit garam dan kunyit (untuk dilumur pada ikan)
  • sedikit gula
  • garam (sekiranya perlu)
  • daun bawang (hiasan)
  • minyak secukupnya 

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak yang banyak didalam kuali,goreng tenggelam ikan keli.(masukkan sekeping asam gelugur untuk mengelakkan ikan dari melekat di kuali).Goreng sehingga garing.
    2. Sementara itu,tumiskan bahan-bahan yang digiling didalam kuali yang berasingan.tumis sehingga cili pecah minyak.
    3. Masukkan sos tiram,garam,gula dan daun bawang.Kacau rata.
    4. Bolehlah dituangkan diatas ikan keli goreng tadi.
    5. Selamat menjamu selera

nasi goreng dulu-dulu


Assalamualaikum buat anak-anak sedara yang dikasihi...yang sentiasa menjadi follower aunt,xkira di mana jua berada semoga dilindungi Allah selalu.
Hari ni aunt masak benda yg simple gila tetapi mengembalikan nostalgia,walaupun simple tetapi sangat sedap tambah-tambah lagi makan ngan ikan pekasam.Kalau nak tau,cuba jangan tak cuba....

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sdb udang kering (ditumbuk)
  • 1 sdk cili boh
  • secubit garam
  • kicap manis secukupnya
  • sebiji telur
  • 2 tangkai sawi (dipotong-potong)
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali.Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama dengan cili boh sehingga garing dan naik bau.pecahkan telur,tunggu sehingga telur berketul
    2. Masukkan nasi,sawi,garam dan sedikit kicap manis.kacau hingga mesra.
    3. Bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk orang-orang tersayang