Tuesday, February 1, 2011

sembilang berlada ala nasya


  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 4 ekor ikan sembilang (dicuci bersih dan direndam bersama air limau nipis)
  • 5 tangkai cili merah (digiling)
  • 5 ulas bawang merah (digiling)
  • 2 ulas bawang putih (digiling)
  • 1 sdk sos tiram
  • sedikit garam dan kunyit (untuk dilumur pada ikan)
  • sedikit gula
  • garam (sekiranya perlu)
  • daun bawang (hiasan)
  • minyak secukupnya 

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak yang banyak didalam kuali,goreng tenggelam ikan keli.(masukkan sekeping asam gelugur untuk mengelakkan ikan dari melekat di kuali).Goreng sehingga garing.
    2. Sementara itu,tumiskan bahan-bahan yang digiling didalam kuali yang berasingan.tumis sehingga cili pecah minyak.
    3. Masukkan sos tiram,garam,gula dan daun bawang.Kacau rata.
    4. Bolehlah dituangkan diatas ikan keli goreng tadi.
    5. Selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment