Monday, August 22, 2016

Kek Pisang

sumber : Di sini

 BAHAN-BAHAN :
125g mentega
 1 1/2 c gula kastor
2 biji telur (60g)
1 c pisang lecek (2 pisang besar)
5 titis esen vanilla
250g tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp garam halus
1/2 c susu segar

CARA-CARA :
 Ayak tepung gandum bersama soda dan garam halus.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan pisang lecek dan vanilla.
Kemudian tambahkan tepung yang telah diayak sesudu demi sesudu.
Diselang-selikan dengan susu.
Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas kertas minyak.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.

Sup petola dan sos tiram

 BAHAN-BAHAN :
1 biji petola sederhana (hiris serong)
2 tangkai cili api (belah 2)
1 ulas bawang putih (cincang)
2 ulas bawang merah (cincang )
1/2 c air
1 tbsp sos tiram NONA
garam dan gula
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan air, petola dan sos tiram.
Masak hingga mendidih dan petola lembut.
Tambahkan cili api dan bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan ikan goreng.

Biasa-biasa je.....

 Menu biasa sahaja. Ayam panggang perap dengan mixed herbs, madu, sos black pepper dan juga sos bbq. Makan dengan nasi tomato. Sayur pulak dicelur, gaul dengan Italian dressing...dah siap. Deliciosoooo.

Asparagus dan kincam goreng belacan


 BAHAN-BAHAN :
10 batang asparagus 
1 paket kecil kincam (lily buds)
1 biji lada benggala kuning
8 biji tomato ceri (belah 2)
2 ekor sotong (hiris bulat)
4 ekor udang sederhana
sos tiram secukup rasa
garam, gula
minyak untuk menumis

TUMBUK KASAR :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
sebesar ibu jari belacan

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk hingga garing dan terbit bau.
Masukkan udang dan sotong.
Masak hingga kecut.
Kemudian masukkan kincam, asparagus dan juga kapsikum.
Gaul rata.
Tambahkan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tomato ceri.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pelengkap.