Anak-anakku

Loading...

Sunday, May 29, 2016

Bertakhta di hati selamanya...Happy ANNIVERSARY yang ke 14 Sayangku Rabilshah...


Cupcake pisang

 BAHAN-BAHAN :
7 biji pisang emas (lecek)
2 c tepung gandum (ayak)
1 tsp serbuk penaik (ayak)
secubit soda bikarbonat (ayak)
1/2 tsp garam (ayak)
2/3 c mentega
1/2 c gula kastor @ ikut citarasa
2 biji telur saiz A
1 tsp esen vanilla
1/4 c susu segar

CARA-CARA :
Krimkan mentega bersama gula hingga putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
Adun hingga kembang.
Tambahkan pisang lenyek dan esen vanilla.
Kemudian masukkan bahan ayak berselang-seli dengan susu.
Kaup balik dan masukkan ke dalam acuan kertas.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je

Padprik daging, ikan masin dan telur dadar...biasa-biasa je. Alhamdulillah.

Nasi goreng kampung


 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk besar nasi
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
segenggam ikan bilis (tumbuk)
5 tangkai cili api @ secukupnya (ketuk)
2 biji telur
4 tangkai kacang panjang (hiris nipis)
garam secukup rasa
serbuk pati ayam jika suka
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
Pecahkan telr dan gaul rata.
Masukkan nasi, kacang panjang, cili dan juga bahan perasa.
Kacau sebati dan sedia dihidangkan.