Anak-anakku

Loading...

Sunday, September 23, 2012

Asam pedas ikan sardin



BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin sardin cap ayam
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • 1/2 sdb halia kisar
  • sehiris lengkuas (ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • cili giling ikut pedas
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sdt serbuk belacan bakar
  • 12 biji tomato ceri (kisar)
  • sedikit air untuk kuah
  • segenggam daun kesum
  • limau kasturi secukup rasa
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
CARA :

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, serai, lengkuas, serbuk kunyit dan belacan hingga terbit bau.

masukkan cili giling secukupnya.

masak hingga garing dan terbit minyak.

masukkan tomato kisar

masak lagi hingga wangi

kemudian tuangkan ikan sardin dan secukupnya air. Masukkan juga daun kesum

masak lagi hingga 

mendidih

rasa dahulu sebelum memasukkan garam dan gula

perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

4 comments:

  1. Belum pernah rasa...boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  2. jemu...asyik tumis je sardin tu..itu yang ubah sikit tu kak Yan ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  3. salam kenal nasya..cantiknya dapur!...

    ReplyDelete
  4. salam ela, selamat berkenalan....
    dapur ela pun cantik juga n penuh ngan resepi yg enak2..
    ada masa kita nak godek2 resepi kat sana mmm yam..yam...:D

    ReplyDelete