Anak-anakku

Loading...

Wednesday, February 27, 2013

Angin sepoi2 bahasa...makan nasik bawah pokok kelapa, gedebuk kena hempap ngan tandan kelapa...sakitnyaaa

 Lauk orang kampung lagi....mcik nak tunjuk sampai korang termuntah uwekk...uwekkk, jangan pitam sudahh 
masak lemak kobis bersama fucuk dan suun, daging masak merah stail kedai tomyam, sambal belacan yang boleh bikin hidung merenyam dan juga ikan kembung sumbat sambal (belacan lagi, mmg tekak kampung hu...hu....)

Menu mangkuk tingkat Khamis, 28 Feb 2013

 Hari ni masak lauk kedai siam... daging masak merah
 gaya kampung memang xboleh tinggal, ni masak lemak kobis dengan fucuk dan suun
 sambal belacan bersama ulam timun dan pucuk janggus
ikan kembung sumbat sambal bersama dengan ikan masin. Kalau dapat budu lagi best sebenarnya makan dengan masak lemak ni tapi rasa malas nak tuang dalam mangkuk...(mmmm mcik memang mangkuk hayun hu...hu...hu....)

Kerabu jantung pisang stail Kelantan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (rebus bersama sedikit garam dan cuka, toskan airnya dan perah)
  • 1 ekor ikan kembung saiz besar (dibakar tawar. ambil isi)
  • 1 cawan pati santan (panaskan sebentar supaya kerabu lambat basi)
  • 1 tbsp kerisek kelapa
  • secukupnya perahan jus limau nipis
  • cili api dipotong2 (ikut citarasa)
  • garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK :

  • 1/2 biji bawang besar
  • sebesar ibu jari belacan bakar (kalau nak hidung gatal...lebihkan sikit)
  • 2 batang serai (hiris halus)
  • 1/2 tbsp lada hitam 
  • sedikit ciliapi @ cili merah
CARA :

  1. Hiris halus jantung pisang.
  2. Masukkan kesemua bahan untuk ditumbuk ke dalam lesung bersama dengan isi ikan bakar. 
  3. Tumbuk bersama dengan garam dan juga gula. Perahkan jus limau, tambahkan kerisek dan ulek dengan anak lesung sehingga sebati.
  4. Kemudian di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan jantung pisang yang telah dihiris bersama dengan pati santan dan juga bahan tumbuk.
  5. Gaul sebati (jangan lupa pakai gloves). Rasa apa yang kurang. Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili api yang telah dipotong2 seperti di atas.
  6. Selamat mencuba ya terutamanya brader Ady yang nun jauh di Kota Singa.......