Anak-anakku

Loading...

Thursday, September 12, 2013

Sup ayam dan cendawan telinga




 BAHAN-BAHAN :
3 ketul kepak ayam (potong 3)
2 keping cendawan telinga (direndam hingga lembut, hiris nipis)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 inci halia (ketuk)
1 tbsp pati ayam
garam secukup rasa
4 c air
hirisan daun sup dan daun bawang
sedikit minyak untuk menumis

CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam , air dan juga cendawan.
Tambahkan pati ayam dan juga garam secukup rasa.
Renihkan sehingga ayam lembut dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sejurus menghidang.



Masak lemak cili api udang galah dan pucuk ubi

Resepi biasa je...dah lama dah masak ni tapi baru nak tayang. Masak macam biasa juga, pandai-pandai koranglah ye...


Mi goreng basah

 Mi goreng ala basah-basah...sedap jugak layan sekali sekala. Resepi macam biasa juga malas aihh nak menaip...cau cin cau......


Sunday, September 8, 2013

Nasi ghee






 BAHAN-BAHAN :
4 c basmati (rendam 1/2 jam)
5 1/2 c air
2 tbsp ghee (minyak sapi)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 labu bawang besar (mayang)
2 inci halia (mayang)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 tangkai cabai jawa
1 tbsp sunquick
3 tsp garam
1/2 tbsp pati ayam
1 tin kacang peas
3 helai daun pandan 

CARA :

 Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan daun pandan rempah tumis dan juga bahan mayang. Masak hingga terbit bau.

 tambahkan beras yang telah direndam

 gaul rata

 tuangkan air

 tambahkan garam dan serbuk pati ayam.

 masak 

 hingga mendidih dan masukkan juga sunquick.

 setelah nasi kering masukkan pula kacang peas jika suka
 gaul rata dan tunggu hingga nasi tanak.

p/s makcik terambik beras siam.....sebab tu nasi xpanjang-panjang.....khayal punya pasal.