Anak-anakku

Loading...

Saturday, May 21, 2016

Bubur Arab idea Kak Bam

 BAHAN-BAHAN :
2 c beras
1kg tulang lembu bercampur daging
1 kiub pati daging  
2 tbsp minyak sapi
2 tbsp serbuk kari daging baba's
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
6 ulas bawang putih (hiris halus)
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
daun sup dan daun bawang secukupnya
telur masin rebus
air secukupnya untuk merebus daging

 CARA-CARA :
 Rebus tulang bersama daging sehingga empuk dan terlerai dari tulang.
Ketepikan daging.
Rebus beras bersama air rebusan sehingga beras hancur. 
Masukkan lobak merah dadu.
Ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bawang hiris hingga harum. 
Tambahkan serbuk kari dan tuangkan ke dalam periuk berisi bubur.
Gaul rata, masukkan kiub daging, garam, serbuk lada putih dan perasakan secukupnya.
Masukkan daging dan tulang, tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidangkan bersama telur masin.


Kek cawan coklat


 BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred A (80g)
125ml susu segar berperisa coklat
3/4 c gula kastor
1 tsp esen vanilla
1 c tepung berserbuk penaik (ayak)

CARA-CARA :
Putar telur bersama gula kastor dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan pucat.
Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung berselang seli dengan susu sedikit demi sedikit.
Masukkan juga esen vanilla.
Kaup balik dan masukkan ke dalam kertas muffin.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
Bakar sehingga masak.

Gulai ikan kekek dan pucuk paku

 BAHAN-BAHAN :
6 ekor ikan kekek masin (direndam bersama air garam)
6 biji terung telunjuk
1 ikat pucuk paku (ambil bahagian lembut)
500 ml santan dari sebiji kelapa
1 batang serai (ketuk)
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
4 tangkai cili api

CARA-CARA :
 Jerang santan bersama bahan kisar dan serai.
Kacau selalu.
Masukkan bahan-bahan lain dan masak lagi.
 Tambahkan bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan.


Masak lemak cili api nangka muda dan daging

BAHAN-BAHAN :
400g nangka muda (rebus bersama sedikit garam dan asam keping)
300g daging (rebus empuk, simpan sedikit air rebusan)
1 kotak santan HARMUNI
9 tangkai cili api (tumbuk)
2 tbsp bawang merah kisar
1/2 tbsp serai kisar
1/2 tbsp halia kisar
1 tsp kunyit kisar
1 keping asam gelugur
sedikit minyak untuk menumis
secukupnya air rebusan
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
tumis bahan kisar dan cili tumbuk sehingga garing
masukkan daging rebus
dan juga sedikit air rebusan. Masak hingga menggelegak
Tambahkan 1 kotak santan dan selebih air rebusan. (kuantiti agak2, tidak terlalu cair @pekat)
masukkan nangka rebus, asam gelugur dan juga bahan perasa.
Setelah terbit minyak, bolehlah 
diangkat dan dinikmati bersama nasi panas, ulaman dan ikan masin.