Tuesday, March 20, 2018

Jeruk belimbing buluh

 
BAHAN-BAHAN :
1.25kg belimbing buluh (bersihkan, belah 2)
1/2 cawan garam kasar
2 cawan gula pasir
6 tangkai cili api (belah 2)

CARA-CARA :
Gaul rata semua bahan dan masukkan ke dalam balang.
Biarkan semalaman.
Simpan jeruk di dalam peti ais dan sedia digunakan untuk masak pindang, masak lemak dsbnya.

***tidak perlu memasukkan air kerana belimbing akan mengeluarkan jus***

Ayam tusuk

 
BAHAN-BAHAN :
350g isi ayam (dadu)
1/2 tsp serbuk paprika
1 Tbsp sos tiram
1 Tbsp sos cili kimball
1 Tbsp jem raspberi Dalfour
1/2 tsp oregano kering
1/2 tsp basil kering
1/4 tsp serbuk rempah lima
1/2 tsp garam bukit
1 Tbsp gula pasir
sedikit serbuk lada hitam
sedikit marjerin
10 cucuk lidi sate


CARA-CARA :
Perap isi ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 1 jam kecuali marjerin.
Cucuk isi ayam dengan lidi sate.
Lengserkan sedikit marjerin di atas kuali.
Panggang sehingga masak.
Nikmati bersama mayonis atau sos lada hitam.

Biasa-biasa je....

 Lauk makan tengahari untuk hari ni. Masak simple aje tapi yang tak tahannya kalau lauk simple gini makannya banyak. Apa-apapun lepas ni kena buat exercise huhuuuu...
dari atas kanan tempe goreng, rebus pegaga, ayam goreng kunyit, sambal belacan, sambal penyet dan juga ulaman. (terung hijau, ketumbar kampung, ketumbar vietnam dan timun)

 Alhamdulillah kenyang...mata pun dah mula layu.....