Anak-anakku

Loading...

Friday, July 31, 2015

Kek coklat teddy

Santai di sini

 BAHAN-BAHAN :
3 c tepung gandum
2 c gula kastor
1 tsp garam
2 tsp serbuk penaik
1/2 c serbuk koko
3/4 c minyak jagung
2 tbsp cuka
2 tsp esen vanilla
2 c air sejuk

CARA -CARA :
Ayak tepung bersama serbuk penaik, garam dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
Buat 3 lubang di dalam mangkuk.
Lubang yang pertama masukkan minyak.
Cuka ke dalam lubang yang kedua.
vanilla ke dalam lubang ketiga.
Tuang air sejuk secara perlahan-lahan ke dalam mangkuk.
Kacau rata-rata dengan menggunakan garfu.
Setelah sebati, tuangkan ke dalam acuan yang telah digris.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar sehingga masak.
Hias mengikut citarasa.

Tuesday, July 28, 2015

Kek cawan coklat (one bowl choc cake)

Santai di sini

 BAHAN-BAHAN :
2 c gula kastor
1 3/4 c tepung gandum
3/4 c serbuk koko
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda
1 tsp garam halus
2 biji telur
1 c susu segar
1/2 c minyak jagung
2 tsp esen vanilla
1 c air panas mendidih 

CARA-CARA :
Panaskan ketuhar selama 15 minit.
Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam halus.
Masukkan semua bahan kecuali air panas ke dalam mangkuk besar.
Kacau rata.
Kemudian, tuangkan air mendidih dan adun dengan senduk hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan kertas.
Bakar sehingga masak.

Kek span strawberi


 BAHAN-BAHAN :
6 biji telur
200g gula kastor
75g tepung gandum
75g tepung jagung
1 tsp esen strawberi
sedikit pewarna merah jambu
CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung, ketepikan.
Masukkan gula bersama telur ke dalam pengadun.
Pukul dengan menggunakan kelajuan tinggi sehingga telur kelihatan pucat.
Masukkan esen dan pewarna. 
Gaul rata.
Perlahankan mixer dan masukkan tepung sesudu demi sesudu. 
Kaup balik dan jangan terlebih adun.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga masak.



Friday, July 24, 2015

Laksa Kelantan


  BAHAN-BAHAN :
1 paket laksa kampung (rendam semalaman dan rebus @kukus sehingga lembut)


 BAHAN KUAH :
3 ekor ikan selayang saiz besar (direbus bersama asam keping dan garam)
2 labu bawang besar
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 tbsp serbuk lada hitam
1 keping asam gelugur
santan segar secukupnya
**jika menggunakan santan kotak, masukkan air secukupnya sahaja

 BAHAN KERABU :
bunga kantan, daun kesum,kobis, kacang panjang (dimayang halus)
tauge jika ada
CARA MENYEDIAKAN KUAH :
Ambil isi ikan dan kisar bersama bahan utk kuah.
Mesin juga tulang ikan dan kemudian tapis,
Masukkan kedalam periuk bersama-sama santan dan air secukupnya.
Bubuh asam keping, garam dan juga gula.
Renihkan di atas api sederhana.
Masak sehingga kuah agak pekat. Kuah laksa lemak mesti ada rasa sedikit manis.
 Sajikan bersama sambal belacan cili kering 

Thursday, July 23, 2015

Sambal tumis bilis dan petai versi cili api



BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil petai
2 genggam ikan bilis (goreng garing)
secukupnya air asam
garam dan gula ikut citarasa
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
segenggam penuh cili api
4 tangkai cili merah

CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan hilang bau cili.
Masukkan air asam, garam dan juga gula secukup rasa. (garam sedikit sahaja kerana ikan bilis dah masin)
Masak hingga naik minyak.
Kemudian masukkan petai dan kacau sekejap.
Tutup api. 
Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang digoreng. 
Kalau suka ikan bilis yang rangup, masa nak makan baru digaul dengan sambal.


Kari ayam berkerisek



 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (dipotong kecil)
3 biji kentang (kupas kulit, potong kecil)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
5 biji pelaga
5 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
4 tbsp serbuk kari daging BABA'S
sedikit serbuk lada hitam
1 tbsp kerisek
1 kotak santan Kara
sedikit air asam jawa
secukupnya air untuk kuah
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia 

 CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan juga bunga lawang hingga terbit bau.
Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk.
Masak hingga garing sedikit.
Tambahkan serbuk kari dan juga daun kari. 
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga menjadi pes.
Tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam.
Gaul rata dan tunggu sehingga air ayam kering.
Setelah itu, masukkan santan kotak, air asam, air secukupnya dan juga kentang.
Masak hingga mendidih.
Tambahkan kerisek, serbuk lada hitam dan garam  juga gula secukup rasa.
Bila kentang sudah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Enak dimakan bersama roti jala...

Kerabu mangga dan tomato


 BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda (hiri panjang)
2 biji tomato mengkal @ hijau (buang biji, hiris panjang)
7 tangkai cili api (hiris)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
secukupnya daun ketumbar (patahkan @ hiris)
jus limau secukup rasa
sos ikan dan gula secukup rasa

CARA :
Gaul semua bahan hingga rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah  begitu sahaja.
Nyum...nyummmm

Biasa-biasa aje.....


 Resepi biasa2 aje... rasanya dah pernah letak dalam ni hu..hu...tapi dah lupa tang mana. Lama xjenguk umah ni sampai dah ada sarang spiderman...