Tuesday, November 15, 2011

Kacang panjang goreng


BAHAN-BAHAN :
1 ikat kacang panjang (potong serong)
1 mangkuk kecil hirisan daging ayam
1/2 biji bawang holland (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
garam
lada sulah
sedikit air
minyak untuk menumis
CARA-CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan isi ayam. Masak hingga isi ayam kecut. Tambahkan sedikit air, serbuk kunyit dan garam.

Kemudian tambahkan bahan lain dan juga perasa. Masak hingga kacang sedikit layu tetapi masih rangup. Jika kurang masin boleh tambah garam.

Kacau rata dan 

sedia dihidangkan.

Sambal udang tomato


BAHAN-BAHAN :
10 ekor udang kertas (diperap bersama 1 sdt serbuk kunyit dan sedikit garam)
1/2 biji bawang holland (dihiris bulat)
1/4 cawan sos tomato kimball
1/2 cawan santan
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
7 biji cili merah
1.5 cm halia
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih


CARA-CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng udang sebentar hingga kering airnya. Kemudian

ketepikan udang. Dengan menggunakan baki minyak gorengan, tumis bawang yang telah dimayang hingga wangi. Selepas itu masukkan 

bahan yang telah dikisar halus. Tumis hingga cili garing dan naik baunya.

Masukkan sos tomato, sedikit air dan santan. Kacau rata.

Setelah kuah agak pekat bolehlah masukkan udang yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan keluar minyak barulah diangkat.

Sedia dihidangkan. Masakan ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.

Syabil dan asam pedas

Tak pedas ke sayang...

Arr hirup lagi puas-puas....kalau tak puas guna sudu tu hirup je guna mangkuk takde sapa marah

Sedap la ibu...lain kali buat lagi ek asam pedas ceroi niii...

Asam pedas ayam versi ceroi


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (diketuk)
4 helai daun limau purut
 asam jawa secukupnya
tomato ceri 
air untuk kuah secukupnya
garam secukup rasa
1 sdk serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
11 biji cili kering yang telah direbus
1/2 biji bawang holland (bawang besar kuning)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit
1/2 inci halia
sedikit belacan

CARA-CARA :


Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga wangi dan garing.
Kemudian

masukkan ayam dan masak lagi hingga ayam

kecut dan pecah minyak. Setelah itu

tambahkan air yang telah dibancuh bersama asam jawa. Masak lagi sehingga

mendidih dan ayam empuk. Masukkan perasa, tomato dan juga daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan sayur seperti bendi dan juga terung. Rasa asam dan garamnya.

Setelah kuah elok naik minyaknya, bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ulam-ulaman dan juga ikan masin.

Masak lemak sotong dan pucuk keledek

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk besar pucuk keledek yang telah disiang
  • 5 ekor sotong sederhana (dipotong bulat)
  • 1/2 kg santan
  • 2 biji cili merah (dihiris kasar)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • garam secukup rasa
DITUMBUK :

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 sdk lada hitam
  • 1 inci belacan
CARA-CARA :

  • Jerang semua bahan di dalam periuk kecuali pucuk keledek dan cili hiris. Jerang di atas api yang sederhana hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
  • Kemudian bolehlah masukkan pucuk keledek, cili dan juga garam secukupnya.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan semestinya...budu..



maggi kari goreng

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket maggi perencah kari (gunakan 1 paket serbuk seasoning)
  • 2 biji telur
  • 2 pokok sawi (hiris kecil)
  • 3 ekor sotong
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 sdk sos tiram nona
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Rebus maggi dalam air mendidih sehingga tiga suku masak. Toskan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga wangi. Tambahkan sotong dan goreng hingga sotong kecut kemudian pecahkan telur dan tunggu hingga telur berketul.
  • Masukkan sawi dan masak lagi hingga sawi layu. Masukkan mi, perasa dan juga sos tiram. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan bersama cili jeruk.

Bingka durian

BAHAN-BAHAN :

  • 6 biji telur
  • 7 ulas isi durian D24
  • 2 helai daun pandan (diramas bersama bancuhan)
  • sedikit pewarna kuning telur
  • sedikit bijan (untuk tabur)
  • 1 kotak santan kara
  • 2 kotak air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum @ secukupnya (adunan kuih-muih melayu mestilah turun laju apabila diangkat dengan sudu (bukan cair))
  • 1 cawan gula @ secukup rasa
  • sedikit garam
  • sedikit mentega (untuk melengser)
CARA-CARA :

  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali daun pandan dan mentega. Kisar sehingga adunan hancur.
  • Setelah itu, tuangkan adunan kedalam mangkuk dan ramas sebentar dengan daun pandan untuk mendapatkan aromanya.
  • Jerang di dalam kuali tanpa lekat sehingga naik wap.(sebentar sahaja)
  • Sementara itu lengser loyang sebelum memasukkan adunan. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan jangan lupa untuk menaburkan bijan.
  • Sedia dihidangkan untuk minum petang.