BAHAN-BAHAN :
10 ekor udang kertas (diperap bersama 1 sdt serbuk kunyit dan sedikit garam)
1/2 biji bawang holland (dihiris bulat)
1/4 cawan sos tomato kimball
1/2 cawan santan
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
BAHAN KISAR :
7 biji cili merah
1.5 cm halia
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng udang sebentar hingga kering airnya. Kemudian
ketepikan udang. Dengan menggunakan baki minyak gorengan, tumis bawang yang telah dimayang hingga wangi. Selepas itu masukkan
bahan yang telah dikisar halus. Tumis hingga cili garing dan naik baunya.
Masukkan sos tomato, sedikit air dan santan. Kacau rata.
Setelah kuah agak pekat bolehlah masukkan udang yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan keluar minyak barulah diangkat.
Sedia dihidangkan. Masakan ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.
Emmmm...bila tak pedas anak2 pun leh makan kan...mesti sedap ni...:D
ReplyDeleteSalam kenal2 dari kak cek....
terima kasih kak cek sbb sudi singgah dapur nasya yang serba kekurangan ni.Terima kasih sbb kak cek sudi berkenalan ngan Nasya..
ReplyDelete