Biasa je, ikan kembung goreng, asam rebus siput dan keladi, tumis sotong dan kacang panjang...juga sambal belacan.
Friday, October 9, 2015
Biasa-biasa aje....
Lagi contoh lauk kampung, harap anda xjemu. Sotong rebus serai, telur dadar, ikan bawal masam manis dan ulam timun cicah sambal belacan. Jemput....
Kerabu sotong
BAHAN-BAHAN :
400g sotong (hiris bulat dan celur sebentar)
1 labu bawang besar (hiris)
3 biji tomato (buang biji dan hiris)
10 tangkai cili api (hiris)
1 cekak daun ketumbar (hiris)
sos ikan, jus limau kasturi dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Tambahkan bahan perasa secukupnya.
Gaul rata dan enak diratah begitu sahaja.
Kek mentega cip coklat
BAHAN-BAHAN :
250g mentega
250g gula halus
4 biji telur
100g cip coklat (digaul bersama sedikit tepung, buang lebihan tepung)
1 tsp esen vanilla
DIAYAK :
250G tepung gandum
2 tsp serbuk penaik
CARA-CARA :
Putar mentega bersama gula halus sehingga gebu.
Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga putih.
Masukkan esen vanilla dan tepung sesudu demi sesudu.
Kaup balikkan cip coklat dan masukkan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas kertas minyak.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.
Biasa-biasa aje....
Lagi menu kampung sekadar perkongsian. Paru goreng berlada, masak air petola, telur dadar dan ikan pekasam goreng. Cuba jangan xcuba.
Kerabu tauge dan perut
BAHAN-BAHAN :
400g perut lembu (rebus, hiris nipis)
1 mangkuk kecil tauge (celur)
1/2 c pati santan
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tbsp kerisek
1 inci belacan bakar
garam, gula dan jus limau nipis
sedikit cuka
DIHIRIS :
2 labu bawang besar
10 tangkai cili api
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
CARA-CARA :
Didihkan santan sebentar.
Masukkan belacan, kerisek, bahan perasa dan juga bahan hiris ke dalam santan.
Perasakan secukupnya.
Kemudian tambahkan perut dan juga tauge. Gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Spaghetti berkrim
BAHAN-BAHAN :
1 paket spaghetti (rebus, tos )
2 keping daging burger Ramly (hancurkan)
6 batang sosej (hiris bulat)
10 tangkai cendawan butang (hiris nipis)
1 labu bawang besar (dadu kecil)
5 biji tomato masak (dadu kecil)
1 tin sup tomato (310g)
2 tin air
1 kotak (3 sachet) mushroom soup VONO
2 Tbsp sos tomato
2 Tbsp sos cili
2 helai daun bay
1/2 tsp mixed herbs
garam/gula/lada hitam secukup rasa
cili potong untuk tabur (jika suka)
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
1 paket spaghetti (rebus, tos )
2 keping daging burger Ramly (hancurkan)
6 batang sosej (hiris bulat)
10 tangkai cendawan butang (hiris nipis)
1 labu bawang besar (dadu kecil)
5 biji tomato masak (dadu kecil)
1 tin sup tomato (310g)
2 tin air
1 kotak (3 sachet) mushroom soup VONO
2 Tbsp sos tomato
2 Tbsp sos cili
2 helai daun bay
1/2 tsp mixed herbs
garam/gula/lada hitam secukup rasa
cili potong untuk tabur (jika suka)
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan daging kisar, tomato dadu dan sup tomato.
Gaul rata.
Kemudian masukkan cendawan, sosej, sup vono, mixed herbs dan juga bay leaf.
Tambahkan juga sos cili, sos tomato dan juga air.
Masak sehingga mendidih.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan juga lada hitam yang dikisar.
Matikan api dan siramkan kuah ke atas spaghetti yang telah diketepikan tadi.
Enak dinikmati bersama cili potong.
Lemak putih nangka mengkal
BAHAN-BAHAN :
300g nangka mengkal (rebus bersama sedikit garam)
1 gelas pati santan
garam dan gula secukup rasa
secukupnya air
DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 tangkai cili api (lebihkan jika mahu pedas)
1 batang serai
1 tsp lada hitam
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan jerang di atas api sederhana.
Kacau selalu, tambahkan bahan perasa.
Sedia dihidangkan.
Biasa-biasa aje.....
Lagi menu biasa-biasa....sekadar menjamu mata. Ada ulam daun selom dari kebun, timun dan bendi celur, ikan selar kuning goreng dan masak lemak nangka mengkal. Lazat xterkata......
Syabil.....suatu waktu dahulu
11 Sept 2009...... rasa macam baru je. Tak sangka jumpa lak gambar lama dia. Masa ni kat KPJ Seremban, baru lahir. Ada masalah pernafasan sikit.
Gambar yang ni pulak masa Syabil umur 3 hari. Kena jangkitan paru-paru dan kuning.
hari ke 8 baru keluar hospital. Malam raya lak tu hu...hu...
Rasa macam baru semalam tukar pampers dia...
rambut kurang masa kecik...kurus lak tu. Ibu kurus...anak pun kurang zat
gambar bawah masa umur 2 tahun lebih. Bulat je....i love u sayangggg
Kerabu tauge dan kerang
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg tauge (buang ekor, siram air panas)
1 kg kerang (rebus, ambil isi)
1 biji mangga muda (hiris halus )
1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
1 biji tomato (buang biji, hiris panjang)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
jus limau kasturi secukup rasa
sedikit cuka
garam dan gula
DITUMBUK :
10 tangkai cili api
sebesar ibu jari belacan bakar
3 batang serai (racik)
2 tbsp kerisek
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Biasa-biasa aje....
Jom tengok gambar hu..hu.....sotong tepung rangup, ikan tuka bakar air asam dan kerabu tauge dan kerang. Resepi sotong ada kat bawah.
Rendang ayam pencen
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam pencen (potong kecil)
500 ml pati santan
2 keping asam gelugur
1 tbsp serbuk kari ayam
2 helai daun limau purut
segenggam kacang buncis (jika suka)
garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :
1 labu bawang besar
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia tua
1 hiris lengkuas
1 genggam cili kering (rebus)
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun limau purut dan buncis.
Jerang di atas api sederhana.( masukkan sebatang sudu besi supaya ayam cepat empuk)
sekiranya ayam masih keras bolehlah masukkan sedikit air dan masak sehingga kering.
Kemudian, keluarkan sudu besi dan masukkan daun limau, buncis, garam dan juga gula.
Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama pulut @ nasi.
Terung air asam
BAHAN-BAHAN :
4 biji terung (belah 4, xputus....rebus bersama sedikit garam, tos )
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar
4 tangkai cili api
asam jawa secukupnya
1/2 tsp belacan bakar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air masak
CARA-CARA :
Hiris halus bawang, cili dan tomato.
campurkan ke dalam bancuhan air asam jawa. Tambahkan belacan bakar, garam dan juga gula secukup rasa.
tuangkan air asam ke dalam pinggan yang berisi terung.
Sedia di hidangkan bersama nasi dan ikan goreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)