BAHAN-BAHAN :
250g mentega
150g gula perang
2 biji telur A
300g quaker oats
100g tepung gandum unbleached
50g tepung jagung
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 cawan cip coklat
CARA-CARA :
Di dalam sebuah mangkuk, pukul mentega bersama gula perang dengan menggunakan senduk kayu.
Pukul sehingga gula hancur.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan semua bahan lain dan gaul rata.
Masukkan bancuhan ke dalam peti ais selama 30 minit.
Setelah itu, keluarkan adunan dan sudukan ke atas loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar dengan suhu 160'c selama 15-20 minit atau sehingga bahagian bawah biskut keperangan.
Sejukkan di atas redai sebelum disusun ke dalam balang.