Anak-anakku

Loading...

Saturday, March 12, 2011

kobis goreng


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 biji kobis bulat (dipotong-potong)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1/2 biji tomato (dipotong kecil)
  • sedikit isi ayam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi.Masukkan isi ayam,masak hingga berubah warna.Masukkan kobis,cili dan tomato serta garam.Kacau rata.Masak sehingga kobis agak layu.

sotong ketuk serai


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 10 ekor sotong (jangan dibuang dakwat)
  • 5 batang serai (diketuk)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • air separas dengan sotong
  • garam secukupnya
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api yang perlahan hingga masak.
    2. Sedia untuk dihidangkan. 

ayam percik putih


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 ekor ayam (dipotong 6)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk & perap dengan ayam)
  • 2 cm halia (ditumbuk & perap dengan ayam)
  • BAHAN UNTUK KUAH :-)
  • 10 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 cm halia (ditumbuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk belacan
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit tepung beras @ tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ayam dilumur bersama sedikit garam dan bahan perap sebelum dibakar @ digoreng.
    2. Campurkan semua bahan untuk kuah kecuali tepung jagung.Reneh di atas api yang perlahan sehingga agak pekat dan masukkan bancuhan tepung jagung.
    3. Setelah masak, curahkan keatas ayam yang sedang dibakar sedikit demi sedikit sambil ayam tadi dibalik-balikkan.
    4. Hidangkan bersama kuah yang selebihnya.

pulut ikan kering


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 kg beras pulut (direndam semalaman)
  • 1/2 biji kelapa parut muda (digaul dengan sedikit garam)
  • ikan gelama masin secukupnya (digoreng)
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Untuk menanak pulut : masukkan air separas dengan beras pulut kedalam periuk.Tanak dengan api yang perlahan sehingga masak.

gulai udang berempah


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 kg udang besar (dibersihkan dan dibuang urat)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  • 2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 sdb cili kisar
  • sedikit serbuk jintan manis,jintan putih dan lada hitam
  • santan pekat dari sebiji kelapa
  • 2 biji kentang (dipotong kecil)
  • 2 biji cili hijau (dibelah 2)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.Masukkan cili kisar dan bahan rempah,kacau hingga pecah minyak.
    2. Tambahkan kentang dan sedikit air,tunggu hingga kentang empuk.Kemudian masukkan udang dan santan.Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.Masukkan bahan perasa dan cili hijau.Bolehlah diangkat dan dihidangkan