Anak-anakku

Loading...

Saturday, March 12, 2011

gulai udang berempah


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 kg udang besar (dibersihkan dan dibuang urat)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  • 2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 sdb cili kisar
  • sedikit serbuk jintan manis,jintan putih dan lada hitam
  • santan pekat dari sebiji kelapa
  • 2 biji kentang (dipotong kecil)
  • 2 biji cili hijau (dibelah 2)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.Masukkan cili kisar dan bahan rempah,kacau hingga pecah minyak.
    2. Tambahkan kentang dan sedikit air,tunggu hingga kentang empuk.Kemudian masukkan udang dan santan.Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.Masukkan bahan perasa dan cili hijau.Bolehlah diangkat dan dihidangkan





No comments:

Post a Comment