Anak-anakku

Loading...

Monday, April 22, 2013

Masak lemak pucuk ubi bersama perut




 BAHAN-BAHAN :

  • Segenggam pucuk ubi (direbus empuk dan diperah)
  • 1 mangkuk kecil perut lembu (direbus)
  • 1/2 kg santan
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :

  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • cili api ikut suka


 CARA :

  1. Jerang santan bersama serai dan bahan kisar hingga mendidih di atas api perlahan. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
  2. Masukkan perut lembu, asam keping dan juga pucuk ubi. Tambahkan bahan perasa dan masak lagi hingga mendidih kali kedua.
  3. Rasa garam gulanya dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng, ulam dan juga sambal belacan.